Scania Mempercepatkan Penciptaan Produk Dan Pekerjaan Bernilai Tinggi
Kiri ke Kanan: Dato’ Azman Mahmud, CEO of MIDA, Dato’ Mah Siew Keong, Minister in the Prime Minister’s Department Malaysia, Mark Rozario, CEO of AIM, Marie Sjödin Enström, MD of Scania SEA, HE Mrs Kristina Persson, Minister for Strategic Development & Nordic Cooperation of Sweden, HE Mr Bengt G Carlsson, Ambassador of Sweden to Malaysia after the signing of the Memorandum of Understanding (MOU) between Scania Malaysia and Agensi Innovasi Malaysia (AIM).
Menukar Sisa Kepada Harta di Malaysia.
Scania Malaysia (Scania) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bakal bekerjasama dalam meneroka peluang komersial berdaya maju untuk bahan api biologi dari sisa bandaran di Malaysia; sejajar dengan Strategi Biomass Negara 2020 (NBS 2020).
Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani hari ini di antara pihak Scania yang diwakili oleh Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström, dan AIM yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Rozario.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Dato’ Mah Siew Keong dan Menteri Pembangunan Strategik Sweden dan Kerjasama Nordic, H.E. Puan Kristina Persson; di Hari Inovasi Sweden-Malaysia 2015 (SMID).
MOU ini bakal menyaksikan Scania dan AIM menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai peluang komersial bahan api biologi dari sisa bandaran di Malaysia. Kajian ini merangkumi pengecaman lokasi projek yang berpotensi, unjuran harga dan permintaan pasaran selain kebolehlaksanaan ekonomi dan pengendalian.
Bahan api biologi membantu membersihkan udara dan mengurangkan kesan karbon dari pengangkutan. Tambahan lagi, bahan api biologi juga menukar sisa menjadi tenaga bersih, meningkatkan keselamatan bekalan bahan api dan mempertingkatkan ekonomi tempatan, selain membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang tempatan dan pembangunan industri. Ini selaras dengan matlamat NBS 2020 iaitu membangunkan industri baru dan peluang bernilai tinggi dengan memanfaatkan biomass untuk produk bernilai tinggi. Malaysia menyasarkan untuk menjadi peneraju pembangunan industri berasaskan biomass baru, sekali gus menyumbang ke arah penciptaan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan pekerjaan bernilai tinggi.
Scania memiliki teknologi bagi menggerakkan projek ini memandangkan ia merupakan salah satu penyumbang utama bagi pembangunan dan penggunaan bahan api biologi, yang membangun dan mengeluarkan penyelesaian pengangkutan berasaskan bahan api biologi secara komersial selama lebih 20 tahun di Sweden dan di seluruh dunia.
“Kejayaan perniagaan berjangka panjang bermakna menghasilkan keuntungan yang lebih besar seiring dengan kecekapan, pengurangan CO2 serta tanggungjawab sosial dan etika. Scania berbangga kerana dapat memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan lestari,” kata Marie. “Ini bermakna mengintegrasikan kelestarian sepenuhnya ke dalam perniagaan dan bekerjasama dengan AIM bagi mengubah Malaysia ke arah mencipta nilai yang berkekalan.”
No Comment