Ingat Tak Dulu-Dulu Kita Boleh Sumbat 6-7 Orang Dalam Kereta Sedan?
Kebanyakan anda yang membaca ini mugkin akan terkenang masa dulu duduk di dalam kereta ayah atau ibu ketika masih kecil tanpa tempat duduk kanak-kanak dan mungkin juga tanpa tali pinggang keledar tapi 20 hingga 30 tahun kemudian keadaan itu telah banyak berubah. Hari ini kita perlu tempat duduk kanak-kanak untuk setiap kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dan terciptanya kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk menampung keperluan masa kini.
Mengapa? Kerana sedan purata tidak akan menampung 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan pembantu rumah atau mertua atau mak saudara. Dengan dua kerusi kanak-kanak di belakang ruang akan hanya cukup untuk seorang remaja anoreksia. Sama seperti MPV, pengeluar kereta telah bersama-sama dengan pelobi keselamatan melobi untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan dengan menambah lebih banyak peralatan dan teknologi sekali gus meningkatkan kos pengeluaran, yang kemudiannya ditambah kepada harga jualan. Dan itu tidak habis di sini.
Pengeluar kereta juga telah mula meningkatkan ciri-ciri dan barang-barang tambahan yang dimuatkan kedalam kereta sehingga menambahkan harga kenderaan dan dengan ini harga jualan pun turut naik melambung dengan setiap model baru walaupun dengan globalisasi bahagian-bahagian kereta yang lebih cekap jadi kos sepatutnya menurun. Sebagaimana harga peralatan elektrik, telefon bimbit dan kamera yang boleh lebih murah tetapi kenapa kereta semakin mahal?
No Comment