Iklan 911 Baharu di Acara Tenis “Maria Sharapova & Friends”
Hujung minggu lalu di Hollywood, sempena acara tenis sokongan Porsche “Maria Sharapova & Friends” di Los Angeles Disember 12-13, komersil untuk Porsche 911 2017 baru ditayangkan di televisyen Amerika Syarikat.
Acara yang dianjurkan oleh Duta Jenama Porsche Maria Sharapova menyediakan pentas yang sempurna untuk klip satu minit yang menampilkan bintang dunia dan cabaran mengejutkan. Video ini yang dinamakan “Compete” / “Bersaing” sebagai yang terbaik benar-benar bersaing dengan yang terbaik dalam filem ini.
Muhammad Ali, peninju terhebat sepanjang masa, akan menghadapi Muhammad Ali di gelanggang. Maria Sharapova hanya perlu takut dirinya di gelanggang tenis.
Juara Chess dunia Magnus Carlsen tahu pergerakkan lawannya Magnus Carlsen dan 911 baharu akan bertemu 911 di jalan raya.
Mesej yang disampaikan oleh komersial Porsche adalah, hanya yang terbaik mempunyai peluang dengan yang terbaik. Hanya Porsche 911 boleh mengalahkan Porsche 911.
No Comment