Kia Sorento 2023 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM209,888
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd dengan bangganya telah mempersembahkan dengan rasminya Kia Sorento generasi keempat.
Sejak dilancarkan pada tahun 2002, Sorento telah menjadi salah satu kenderaan terkenal dan laris Kia di seluruh dunia, dan generasi baharu Kia Sorento ini mewakili kemuncak reka bentuk dan kejuruteraan Kia dalam barisan SUV mereka. Pemenang beberapa anugerah seperti anugerah Car and Driver 2022 Editors’ Choice dan anugerah Red Dot 2021, generasi ke-4 Kia Sorento kini rasmi dijual pada hari ini.
Dalam mempertahankan konsep “keberanian yang rapi” reka bentuk Kia yang kuat dan tangguh, tahap kehalusan, keanggunan, dan kecergasan yang lebih tinggi telah diterapkan pada Kia Sorento baharu ini. Grill LED ‘hidung harimau’ baharu Kia, menampilkan bentuk yang lebih lebar yang melingkupi lampu hadapan di setiap sisi. Lampu hadapannya menampilkan cahaya LED harian ‘garis mata harimau’ yang baru, menambah tumpuan ekstra yang mencipta kesan intens seperti mata harimau. Penampilan yang lebih tajam dan tegas ini dilengkapi dengan pengambilan udara bawah yang lebar dan segi empat yang disokong oleh tirai udara berbentuk sayap untuk mengalirkan udara di sekitar kereta, spoiler hadapan tajam dengan plat skid yang meningkatkan penampilannya.
Proporsi Sorento telah diubahsuai untuk menjadikannya kelihatan lebih panjang, dengan overhang hadapan dan belakang yang lebih pendek dan wheelbase yang lebih panjang berbanding dengan pendahulunya. Tambahan panjang wheelbase-nya telah meningkat sebanyak 35mm, menjadikannya lebih panjang sebanyak 2,815mm dan lebih tinggi sebanyak 10mm. Proporsi baru ini juga memanjangkan panjang bonet, menarik pilar A sebanyak 30mm lebih ke belakang dari gandar hadapan untuk reka bentuk yang lebih “cab-rearward”.
Di dalam pula, Sorento mewakili perubahan kualiti dan reka bentuk yang lebih baik untuk kabinnya yang menyediakan pemiliknya dengan keselesaan, keinginan, dan reka bentuk dalaman yang lebih menarik. Kualiti premium bagi Sorento generasi keempat ditingkatkan dengan reka bentuk generasi seterusnya yang canggih, yang menggabungkan trim logam, pelapik kulit, dan permukaan berkesan kayu yang diembos. Dalaman keretanya dengan bijaksana menyatukan teknologi lain untuk meningkatkan konektiviti, bantuan pemandu, dan hiburan sambil mempertahankan ketinggian dan keluasan yang menjadi ciri-ciri Sorento.
The all-new Sorento is integrated with a range of technologies, such as the Mood Lighting System which produces soft ambient lighting from beneath the dashboard and door trim. A wireless smartphone charger sits at the base of the centre console while the BOSE® surround-sound system provides a more immersive in-car audio experience.
Ia turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi, seperti Sistem Lampu Mood yang menghasilkan cahaya ambient lembut dari bawah dashboard dan trim pintu. Pengecas tanpa wayar smartphone terletak di pangkal konsole tengah sementara sistem bunyi yang disediakan ialah BOSE® surround-sound.
Papan pemuka digital pemandu 12.3-inci dipasangkan dengan sistem hiburan layar sentuh 10.25-inci di tengah dashboard yang menawarkan navigasi audio visual. Sistem hiburan itu serasi dengan Apple Carplay dan Android Auto untuk menyediakan integrasi smartphone yang lancar. Pada masa yang sama, sistem hiburan itu membolehkan penghubungan telefon pintar Bluetooth sehingga dua telefon pada satu masa. Terdapat empat soket pengecasan USB untuk penumpang baris kedua dan ketiga.
Sorento baharu menyediakan lebih banyak ruang untuk penumpang dan kargo melalui pembungkusan pintar yang menghasilkan salah satu kereta yang paling serbaguna dan luas dalam kelasnya.
Ciri keselamatan standard Sorento termasuk 6 beg udara SRS (pemandu dan penumpang hadapan, sisi dan tirai), Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Multi-Collision Brake Control (MCB), Hill-start Assist Control (HAC), ISOFIX Child Restraint Anchor Points danb Top Tethers datang sebagai standard untuk ketiga-tiga varian.
Tambahan ciri keselamatan yang lebih canggih yang ada pada Sorento terbaru termasuk High Beam Assist (HBA), Blind-Spot Collision Warning (BCW), Blind-Spot Collision Avoidance (BCA), Blind-Spot View Monitor (BVM) yang hanya tersedia untuk varian 2.5L ‘Smartstream’ High dan 2.2D ‘Smartstream’ High, Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Lane Keeping Assist (LKA), Drive Attention Warning (DAW), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) dengan Junction Turning (teknologi yang mengesan pejalan kaki, pelumba basikal, dan kenderaan lain serta membantu mengesan kenderaan yang mendekati ketika membuat pusingan di simpang), Lane Following Assist (LFA), dan Smart Cruise Control (dengan Stop & Go).
Bagi konfigurasi kursi, Kia Sorento baharu ada dua jenis. Pertama, varian 7 tempat duduk (2-3-2) dilengkapi dengan enjin petrol 2.5L ‘Smartstream’ 2WD. Kedua, konfigurasi 6 tempat duduk (2-2-2) datang dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin petrol 2.5L ‘Smartstream’ AWD dan enjin diesel 2.2L ‘Smartstream’ AWD.
SORENTO BAHARU – HARGA JUALAN*
VARIAN | HARGA (RM) |
Kia Sorento 2.5L 2WD 7-Kerusi | RM 211,498.40 |
Kia Sorento 2.5L AWD 6-Kerusi | RM 235,498.40 |
Kia Sorento 2.2L Diesel AWD 6-Kerusi | RM 255,228.80 |
* Harga Pendaftaran Peribadi Semenanjung Malaysia. On-The-Road tanpa insuran.
SORENTO SEMUA BAHARU – WARNA BADAN
BODY COLOUR | SORENTO SEMUA BAHARU |
Astra Blue | ✔ |
Sonic Silver | ✔ |
Jet Black | ✔ |
Snowflake White Pearl | ✔ |
Meteor Grey | ✔ |
Harga permulaan untuk kenderaan ini ialah dari RM209,888.00 dan dilengkapi dengan Jaminan Pembuat selama 5 tahun dengan tempoh liputan sehingga lima tahun dengan had jarak perjalanan sehingga 100,000km, yang mana datang duhulu. Ia juga disertakan dengan Penyelenggaraan Berkala Percuma selama 5 tahun, dengan tempoh liputan sehingga lima tahun dengan had jarak perjalanan sehingga 100,000km, yang mana datang duhulu.
Amacam? Anda teruja. Layari laman web mereka atau silakan ke bilik pameran mereka untuk melihatnya dengan lebih dekat dan kalau dah sampai sana, pandu uji sajalah.
No Comment