Langkah CJPT Mempertingkatkan Taraf Hidup Masyarakat Asia
CJPT juga mempercepatkan neutraliti karbon mereka dengan memandu uji di Thailand.
Empat syarikat dalam Commercial Japan Partnership Technologies Corporation (CJPT), iaitu, Isuzu Motors Limited, Toyota Motor Corporation, Suzuki Motor Corporation, dan Daihatsu Motor Co., Ltd., bersama-sama dengan Hino Motors, Ltd., sedang mengambil langkah pertama untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di Asia. Begini caranya.
CJPT dengan kerjasama Toyota Motor Thailand Co., Ltd, akan mengadakan acara pandu uji di Thailand yang juga akan memperkenalkan kenderaan komersial untuk pelbagai tujuan seperti, pegawai kerajaan, media, syarikat armada, syarikat rakan kongsi dan sebagainya dalam perjalanan ke neutraliti karbon.
Selain itu, CJPT telah ditubuhkan pada April 2021 dengan matlamat untuk mempercepatkan pelaksanaan dan mempopularkan teknologi CASE ke arah menyelesaikan cabaran pengangkutan dan mencapai masyarakat Berkecuali Karbon. Acara pandu uji ini adalah yang terbaru dalam senarai aktiviti jenama untuk mencapai matlamat ini.
Berikutan kerjasama dengan Charoen Pokphand Group (CP) yang diumumkan pada Disember tahun lepas, CJPT juga menyasarkan untuk mengembangkan perkongsiannya di Asia, termasuk dalam bidang bekalan tenaga (penyelesaian tenaga), penyelesaian mobiliti seperti penyediaan kenderaan dan pengurusan logistik dan penyelesaian data .
Zaman sekarang, terutamanya, apabila banyak negara berusaha keras untuk neutraliti karbon, banyak rangkaian kuasa yang berbeza telah dibangunkan termasuk kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri (EV), kenderaan berkuasa hidrogen dan sebagainya. Semua ini dicerminkan secara berbeza di negara yang berbeza juga.
Itulah sebabnya penting untuk semua pembuat kereta menyediakan penyelesaian mobiliti optimum mengikut persekitaran serantau dan keperluan pelanggan. CJPT melihat acara pandu uji ini sebagai sebahagian daripada aktivitinya yang berkembang dengan lebih ramai rakan kongsi untuk mempercepatkan lagi usahanya merealisasikan neutraliti karbon di Thailand.
Selain itu, Presiden CJPT Hiroki Nakajima berkata, “Dengan penghargaan kepada masyarakat, kami ingin menyumbang untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di Asia dengan pelbagai penggunaan bahan api rendah dan kenderaan kecekapan tinggi, termasuk kenderaan kecil (Kei) Van ICE, Kenderaan Elektrik Hibrid, Kenderaan Elektrik Bateri dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api.”
“Kami ingin mendengar pendapat ikhlas pihak berkepentingan melalui pengalaman setiap produk, dan mempertimbangkan cara yang sesuai untuk mendaki gunung menangani neutraliti karbon bersama-sama.” Dia menambah. Lebih-lebih lagi, Yamaha, yang bukan ahli CJPT, juga akan mempamerkan kenderaan semasa pandu uji.
Beberapa model utama yang dipamerkan di acara pandu uji CJPT termasuk Toyota Sora, Hino FCEV Heavy Duty Truck, Isuzu dan Toyota FCEV Light Duty Truck, Toyota Granace FCEV, Toyota Hilux Revo BEV Concept, Toyota LPG-HEV Taxi Concept, Suzuki EVERY Van Kecil, Daihatsu HIJET Van Kecil, Toyota e-Palette dan Yamaha H2 Rov Buggy.
No Comment