Berita Auto

Honda Malaysia Perkenal Pilihan Warna Baru ‘Carnival Red’ Untuk Jazz

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan warna baru, Carnival Red untuk Jazz mereka. Selain warna baru yang menarik ini, Jazz (Varian S) turut menerima pelbagai penambahbaikan berdasarkan maklum balas pasaran – gril depan kini berkilat hitam bersalut krom, hiasan plat lesen belakang juga bersalut krom dan cermin pintu kini power adjustable.

Sejak dilancarkan pada Julai 2014, Honda Malaysia telah menjual 26.126 unit Jazz ini setakat 31 Disember 2015.

Honda-Jazz-Red-3

Sasaran jualan untuk Jazz Carnival Red ini adalah 200 unit sebulan. Kesemua 3 varian Honda Jazz kini akan menawarkan warna ini sebagai tambahan kepada barisan warna yang sedia ada iaitu New Tinted Silver, Taffeta White, Crystal Black Pearl dan Modern Steel Metallic.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Honda-Jazz-Red

 

 

 

 

Previous post

Prestasi Tesla Amat Baik Untuk Tahun 2015

Next post

General Motors Labur Setengah Billion Dolar Untuk Teksi Tanpa Pemandu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *