CEO Mercedes Sedih Dengan Skandal VW Dieselgate
Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Dieter Zetsche secara terbuka mengkritik skandal emisi kumpulan Volkswagen. Beliau berkata, isu-isu terkini dieselgate yang melanda Volkswagen tidak mungkin berlaku di Mercedes. Ini adalah kali pertama Zetsche telah membuat komen negatif tentang syarikat lain. Secara umumnya, beliau tidak pernak mengkritik pesaing. Komen Zetsche dibuat di majlis yang berlansung di ibu negara Jerman minggu ini dan beliau juga turut mengulas bahawa tiada apa lagi yang boleh dilakukan, kerana skandal itu menjejaskan sektor auto secara keseluruhannya.
Skandal itu telah menyebabkan kebimbangan di Jerman bahawa imej sektor automotif yang kuat telah tercemar dan juga menimbulkan persoalan tentang teknologi diesel di mana pembuat kereta Jerman ini telah banyak membuat pelaburan didalamnya. Zetsche juga berkata Daimler akan terus berpegang kepada teknologi diesel dan menggesa agar Suruhanjaya Eropah membuat keputusan dengan cepat bagaimana untuk mengukur emisi pada masa depan.
No Comment