PROTON Perkenal Inisiatif R & D Terkini Dengan Enjin Baru Proton
- Pembangunan enjin terkini dengan Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) Technology.
- Menghasilkan purata penggunaan bahan api 25% lebih rendah dan prestasi sehingga 20% lebih tinggi.
- Kecekapan bahan api yang hebat dengan pelepasan karbon yang rendah.
Pengeluar kereta nasional PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) hari ini mengadakan majlis penghidupan pertama enjin terbarunya, 1.5L TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang adakan di fasiliti Ricardo di England. Peristiwa bersejarah ini meraikan R & D Syarikat terhadap teknologi canggih enjin terkini yang PROTON bangunkan sejak Mac 2015.
Enjin yang dibangunkan di bawah pelan pembangunan PROTON akan kekal dikenali sebagai TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) dan GDI (Gasoline Direct Injection). Ia akan digunakan dalam kesemua kereta Proton dari 2018 dan seterusnya. Enam varian enjin baru ini akan dikelaskan sebagai:
- 1.0L 3-Cylinder VVT (Variable Valve Timing)
- 1.2L 3-Cylinder VVT
- 1.3L 4-Cylinder GDI (Gasoline Direct Injection)
- 1.5L 4-Cylinder GDI
- 1.3L 4-Cylinder TGDI (Turbocharged Gasoline Direct Injection)
- 1.5L 4-Cylinder TGDI
No Comment