Berita Auto

BMW i3 Akan Dapat 50% Lebih Kuasa Elektrik Pada 2016

Jualan i3 BMW semakin naik dengan mantap dan pengurusan BMW sedar bahawa bateri yang digunakan  sekarang menyekat kenaikan jualan.

bmw_i3

BMW merancang untuk meningkatkan jarak perjalanan i3nya sekurang-kurangnya 50%. Pada tahun ini, pek bateri ion litium EV padat akan diperbaiki, “dimana ianya akan meletakkan ia ke dalam jarak perjalanan yang lebih jauh” kata Ian Robertson, ketua jualan BMW di pameran kereta Detroit.

bmw_i3_1

BMW tidak mempunyai angka yang tepat lagi, tetapi peningkatan 50% bermakna kira-kira 193 km (120 batu) lebih untuk caj yang sama, peningkatan 130 km (81 batu). I3 akan mendapat pembaikan lain, tetapi BMW enggan mendedahkanya ketika ini.

bmw_i3_2

Pembaikan bateri ini akan memberi i3 jarak perjalanan yang lebih baik daripada Nissan Leaf, kereta elektrik paling laris  di dunia, dimana ia boleh berkuasa sehingga 172 km (107 batu) dengan satu caj.

bmw_i3_3

I3 ini telah mula dijual pada tahun 2014 dan mempunyai harga asas euro 34,950 di Jerman. BMW telah menjual 24,057 i3s seluruh dunia tahun lalu, peningkatan sebanyak 50% dari tahun 2014.

 

Previous post

Eksekutif Daimler Mengetuai Tata Motors India

Next post

Facelift Subaru XV di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *