Sedan Sport JAGUAR XE Dilancarkan Di Malaysia
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) telah melancarkan sedan sport Jaguar XE baru yang terkemuka di Malaysia. XE kini melengkapi rangkaian kereta sedan Jaguar, yang turut merangkumi barisan model XF dan XJ.
Sebagai sedan Jaguar yang paling kecil, ringan dan tegar, XE baru dilengkapi dengan pelbagai ciri serba maju.
Menurut pengarah urusan JLRM Tuan Syed Mudzhar Syed Ali, Jaguar XE mentakrifkan semula konsep sedan sport.
“Binaan ringan, gaya terselaras, bahagian dalam mewah dan pacuan dan pengendalian luar biasa menjadikannya sebuah kereta pemandu sebenar. Menerusi XE, Jaguar mengetengahkan kereta hebat yang pasti menjadi pesaing utama dalam segmen sedan mewah saiz sederhana,” katanya.
XE pacuan roda belakang ialah satu-satunya kenderaan setarafnya untuk menggunakan monokok intensif aluminium. Struktur yang sangat mantap tetapi ringan ini, bersama suspensi depan dwipalang siku dan gandar belakang Pautan Bersepadu, menjadi tunggak penanda aras inovatif dinamik kenderaan bagi XE. Hasilnya ialah pacuan luar biasa dengan penjimatan minyak hebat.
XE intensif aluminium ini merupakan model pertama yang dibangunkan berteraskan seni bina kenderaan modular baru Jaguar Land Rover. Dasar roda 2,835mm dan kedudukan tempat duduk rendah membolehkan perkadaran sempurna dan profil yang terselaras.
Dengan koeifisien seretan hanya 0.26, XE baru ialah Jaguar paling aerodinamik dan terbaik di kalangan kenderaan setarafnya, mengatasi pelbagai pesaing lain.
XE menyediakan antara sistem bantuan pemandu paling canggih di pasaran. Kereta ini menandakan pelancaran sedunia bagi sistem Kawalan PerjalananSemua Permukaan (ASPC). Dibangunkan berasaskan pengalaman berdekad Jaguar Land Rover dalam sistem cengkaman luar jalan, ia memaksimumkan cengkaman kelajuan rendah dalam keadaan jalan raya yang kurang baik.
Satu lagi ciri baru, Kawalan Pacuan Jaguar, membolehkan pemandu memilih mod Biasa, Eko, Dinamik atau Musim Sejuk, yang menukar pemetaan stereng dan pendikit secara halus. Mod Eco menggalakkan pemanduan menjimatkan minyak manakala mod Dinamik mempertajamkan tindak balas pendikit dan meningkatkan wajaran stereng. Dengan memilih Musim Sejuk, sistem secara automatik mengekang pecutan dan mengguna pakai cengkaman yang lebih beransur untuk keadaan licin.
Satu lagi fungsi mengagumkan Jaguar XE baru ialah Pemvektoran Tork menerusi brek – teknologi terkini yang terbukti pada kereta F-TYPE Coupé. Inovasi teknologi tinggi ini mengurangkan kejadian belokan terkurang dengan membrek setiap roda dalaman secara lembut seperti yang diperlukan untuk memastikan kereta berada pada garis optimum apabila mengambil selekoh. Hasilnya ialah pengendalian lebih neutral, usaha pengawalan stereng lebih rendah dan akhirnya pengalaman memandu yang lebih memuaskan.
XE baru juga dilengkapi dengan Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPAS)generasi terkini untuk menghasilkan tindak balas serta-merta dan jitu serta keterhubungan yang dijanjikan sedan sport Jaguar. Dirangka menurut piawaian dan spesifikasi jitu yang dikehendaki oleh jurutera Jaguar, EPAS memberikan XE tahap pacuan, daya pergerakan dan kejituan stereng lebih baik yang menjadikannya sebuah kereta pemandu yang sebenar.
Kabin mewah XE ini menyediakan tahap keselesaan dan ruang yang luar biasa. Bahan dan kemasan yang rapi digabungkan dengan hasil kerja tangan Jaguar menjadikannya ruang dalam yang mengatasi kenderaan setarafnya dan berbeza dari yang lain dalam segmen ini. Tempat duduk belakang boleh memuatkan tiga dewasa dengan selesa manakala but 455-liter yang luas menyediakan banyak ruang simpanan, lebih-lebih lagi kerusi belakang dilengkapi dengan keupayaan lipatan 40:20:40.
Sistem info-hiburan InControl Touch baru juga menarik tumpuan: skrin sentuh 8 inci yang inovatif memaparkan antara muka grafik mengikut gerak hati yang jelas dan masa tindak balas yang pantas.
Dua sistem audio luar biasa membawakan hiburan hebat dalam XE. Sistem Bunyi Jaguar menghasilkan julat dan kuasa akustik kepada ruang dalam XE dengan kuasa 80W, 4 saluran dan 6 speaker. Sebuah sistem spesifikasi opsyenal yang lebih tinggi, iaitu Sistem Bunyi Meridian 380W, dirangka dengan kerjasama pakar audio British, Meridian, secara khusus untuk XE, menawarkan penghasilan semula audio luar biasa menerusi 12 saluran dan 11 speaker, termasuk sebuah subwoofer.
JLRM menawarkan tiga pilihan XE – Prestige, R-Sport dan S. Prestige dipacu oleh enjin petrol cas turbo 4 silinder 2.0 liter 200PS manakala R-Sport dilengkapi dengan versi enjin sama dengan kuasa tambahan 240PS. Model S pula dilengkapi dengan enjin petrol cas unggul 3.0-liter 340PS V6 yang juga digunakan dalam F-TYPE yang terkenal. Ketiga-tiga pilihan dilengkapi dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan.
Harga bermula daripada RM340,000 untuk Jaguar XE Prestige, RM365,000 untuk R-Sport dan RM580,000 untuk Jaguar XE S yang terunggul. (Harga termasuk GST tetapi tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Untuk pengalaman pemilikan lebih hebat, setiap XE disediakan bersama waranti lima tahun atau 150,000km dan bantuan tepi jalan tiga tahun. Pemilik model Prestige dan R Sport 2.0 liter juga menikmati penyenggaraan berjadual percuma selama lima tahun atau 80,000km, manakala pilihan S 3.0 liter menawarkan pakej lima tahun atau 65,000km, yang mana lebih awal.
Untuk meraikan ketibaan rangkaian baru dalam keluarga Jaguar di Malaysia, setiap Jaguar XE baru akan dilengkapi dengan pakej aksesori bernilai RM10,000. Pakej Aksesori Pelancaran XE termasuk plat jejak ambang bercahaya, pedal tukaran gear pada roda stereng berwarna Merah Aluminium, pemilih gear direka khas dengan bahagian atas kulit premium dan bezel getah selain grip sentuhan lembut, dan penutup injap tayar unik dengan pilihan empat reka bentuk ikon. Tawaran ini sah untuk bilangan unit yang terhad dan untuk tempoh yang terhad sahaja, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jaguar XE baru dan rangkaian lengkap model Jaguar di Malaysia, sila layari www.jaguar.com.my atau kunjungi wakil penjual sah kami – Sime Darby Auto ConneXion Petaling Jaya, Sime Darby Auto ConneXion Kota Kinabalu, SISMA Auto Glenmarie dan SISMA Auto Kuala Lumpur.
No Comment