Berita Auto

Terimalah Ferrari GTC4Lusso

Ferrari telah menukarkan nama FF empat kerusi grand tourer mereka kepada GTC4 Lusso dan menambah  stereng tayar belakang untuk meningkatkan nama model jenama yang dilancarkan lima tahun lalu sebagai  kereta sport ultra mewah praktikal yang bertujuan untuk keluarga kaya.

Ferrari-GTC4_Lusso_2017_2

GTC4 Lusso akan debut di Geneva auto show pada 1 Mac dengan lencana yang baru ini bersama-sama dengan enjin yang lebih berkuasa dan reka bentuk luaran yang tambah baik untuk memberikan pandangan yang lebih diperkemas.

Ferrari-GTC4_Lusso_2017_1

Enjin 6.3-liter V-12 yang sama seperti FF tetapi kuasa kuda telah tingkatkat sebanyak 30 kuasa kepada 680hp. Kelajuan maksimum 335km / j dan memecut dari 0-100km / h dalam 3.4 saat. Sebagai perbandingan,  0-100km / j FF adalah  3.7 saat.

Ferrari-GTC4_Lusso_2017_4

Ferrari berkata nama baru kereta itu terdiri daripada “GTC” untuk Grand Turismo Coupe, “4” untuk bilangan kerusi dan “Lusso” untuk tahap trim yang paling mewah jenama ini untuk kereta jalanan ini.

Ferrari-GTC4_Lusso_2017_5

Tarikh jualan GTC4Lusso separuh tahun kedua di pasaran kampung Ferrari, Italy dengan harga 270,000 euros, berbanding harga FF iaitu 264,000 euros.

Previous post

Limpahan Berkat daripada Volkswagen

Next post

Daimler Tarik Balik 840,000 Kenderaan Dengan Beg Udara Takata di AS

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *