Gaya Hidup / Lifestyle

Limpahan Berkat daripada Volkswagen

5 Februari yang    lalu, Volkswagen Malaysia telah mengadakan satu majlis Tarian Singa yang istimewa untuk para pelanggannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi di Volkswagen Wearnes Sg Besi.

Majlis tersebut dihadiri oleh 60 orang pemilik kenderaan Volkswagen dan keluarga masing-masing. Mereka merupakan ahli kepada beberapa buah kelab seperti Volkswagen Owners Club Malaysia, Beetle Owners Club Malaysia, Jetta Club Malaysia, Polo Owners Club Malaysia dan pelanggan Wearnes Sg Besi.

Thrilling acrobatic performance by the Lion Dance troop

Para pelanggan nyata menikmati aksi akrobatik yang berani oleh pasukan tarian singa. Mereka kemudian ‘merahmati’ setiap kenderaan terbabit. Sesi “lou sang” turut dijalankan. Semua tetamu kemudian mengucapkan selamat dan doa untuk Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba.

The Lions blessing the cars of Volkswagen owners

Majlis itu diadakan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina, selain menyatakan penghargaan kepada para pelanggan yang menjadi keutamaan Volkswagen.

Ini adalah tahun di mana Volkswagen Malaysia fokus untuk menambah baik pengalaman pemilikan buat para pelanggan baru dan sedia ada secara keseluruhannya.

A group photos of the happy customers and representative from Volkswagen Malaysia and Wearnes Sg Besi

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Previous post

BMW Alpina B7 V8 600 HP Didedahkan

Next post

Terimalah Ferrari GTC4Lusso

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *