Hanya Satu Lexus 470 Terjejas Oleh Recall Berkaitan Airbag di Malaysia
Toyota Motor Corporation (TMC) hari ini mengumumkan kempen RECALL global untuk model Toyota dan Lexus tertentu bagi pembetulan isu sistem beg udara. Penarikan balik itu adalah untuk model yang dilengkapi dengan beg udara tepi Curtain Shield Airbags.
Oleh kerana programing yang salah sistem beg udara dalam Airbag Sensor Assembly (airbag control module), CSAs terletak di kiri kanan kabin boleh teraktif dan tali pinggang keledar pra-regangan diaktifkan dengan hanya beberapa sebab semasa walaupun kenderaan tidak bergerak. Pengaktifan yang tidak dijangka daripada CSA boleh meningkatkan risiko kecederaan kecil kepada pemandu atau penumpang..
Di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah dimaklumkan oleh TMC bahawa tiada kenderaan Toyota yang terlibat dengan kempen pemulangan ini kerana semua unit secara rasmi diimport dan dijual di Malaysia tidak dilengkapi dengan CSA.
TMC telah mengesahkan bahawa hanya satu unit – Lexus LX470 – akan dipanggil semula dan pemilik kenderaan tersebut akan dihubungi mengenai perkara itu oleh Lexus Malaysia. Model Lexus lain yang dijual oleh syarikat itu tidak terjejas.
Talipon Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682) untuk kepastian.
No Comment