Mazda Mula Produksi CX-9 Serba Baharu
Mazda Motor Corporation telah memulakan pengeluaran CX-9 tiga-baris, saiz pertengahan, SUV crossover serba baru di Ujina Plant No 1 di Hiroshima. Unit-unit pertama yang dihasilkan adalah untuk Amerika Syarikat dan Kanada. CX-9 serba baru telah disesuaikan untuk pasaran Amerika Utara, yang dijangka menyumbang 80 peratus daripada anggaran jualan global sebanyak 50,000 unit setahun. Jualan model baharu itu akan bermula dari Amerika Utara pada musim bunga 2016.
CX-9 adalah model mewah barisan generasi baru menampilkan rangkaian penuh SKYACTIV TECHNOLOGY dan reka bentuk KODO-Soul of Motion. Dibuat di Jepun untuk standard kualiti tertinggi, ia menawarkan pelanggan keselesaan memenuhi segala keinginan yang melampaui spek dan fungsi. Bertepatan dengan permulaan pengeluaran model yang baru, Mazda telah mula pembuatan enjin petrol 2.5 liter suntikan terus turbocharged baru yang dikenali sebagai SKYACTIV-G 2.5T di loji Hiroshima itu.
No Comment