Ford Ranger Baharu: Dibina supaya Tahan Lama
Sebuah trak pikap perlulah rugged, tahan lasak dan sedia untuk mengharungi apa jua cabaran. Ford Ranger baharu ialah Ranger yang paling lasak setakat ini. Ia nyata menonjol menerusi kombinasi ketahanan ruang dalaman dan tahap keselesaan penumpang yang tiada tandingan.
Material yang digunakan pada kabin Ford Ranger baharu telah direka untuk kekal tahan lama, tanpa mengira apa yang dilakukan oleh para pelanggan. Sama ada lumpur atau peralatan-peralatan, masalah lusuh dan koyak akibat perjalanan yang jauh serta ujian sebenar, membawa anak-anak ke sekolah. Ranger baharu direka untuk bertahan dengan semua ini.
Setiap kenderaan Ford perlu melalui ujian material yang ekstensif. Namun, para pelanggan Ranger mahukan tahap ketahanan yang lebih tinggi. Justeru, sepanjang proses reka bentuk, Ford menguji ratusan material berbeza yang memakan masa beribu-ribu jam demi memastikan ia bukan sahaja cukup lasak untuk memenuhi standard bagi kegunaan sebuah trak pikap. Malah, selesa dalam apa jua keadaan.
Ujian ini termasuklah:
- Ujian calar: Kemasanplastik keras pada Ranger direka supaya dapat bertahan sepanjang jangka hayatnya. Dalam ujian ini, material-material tersebut dicalarkan menerusi jumlah tekanan yang berbeza sehingga kerosakan dapat dilihat dengan jelas. Kemasan di dalam Ranger baharu dapat menahan tekanan sehingga 15 newton yang difokuskan kepada satu poin bersaiz 1mm. Kemudian, barulah ia sedia untuk digunakan
- Ujian koyak: Sebuah trak pikap yang digunakan untuk tujuan kerja seperti Ranger terpaksa berdepan dengan banyak objek yang boleh menyebabkan fabriknya terkoyak dan rosak. Kunci, peralatan, kasut but, haiwan peliharaan dan pen merupakan antara puncanya. Ujian koyak ini menggunakan bebola besi dengan paku yang digerakkan pada permukaan material selama berjam-jam untuk mengenal pasti fabrik mana yang mudah terkoyak. Hanya material yang kukuh sahaja akan dipilih
- Ujian kotoran: Ketika memandu, masalah tertumpah minuman sememangnya tidak dapat dielakkan. Material-material pada Ranger baharu telah diuji dengan kesan-kesan tumpahan paling biasa seperti air kopi, minyak dan sos. Untuk lulus ujian ini, kotoran tersebut mestilah boleh dihilangkan daripada material dengan menggunakan produk pencuci yang ringkas. Para pelanggan juga tidak perlu bimbang untuk memakai seluar jeans baharu – ini kerana pasukan jurutera memastikan bahawa apa jua kesan pewarna jeans boleh dibersihkan dengan mudah
Ujian-ujian material Ford direka untuk mensimulasikan kegunaan selama bertahun-tahun, sebelum para pelanggan menggunakan Ranger demi memenuhi keperluan harian masing-masing. Sepanjang proses tersebut, beratus-ratus material ditolak kerana tidak berjaya memenuhi standard tinggi yang dimahukan oleh pelanggan Ranger dan ditetapkan oleh pasukan jurutera Ford.
“Ford Ranger baharu menawarkan tahap keselesaan dan kehalusan buatan yang lebih tinggi ke dalam segmennya tanpa berkompromi dengan aspek kelasakan yang dimahukan oleh pelanggan Ranger,” kata Pereka Bentuk Kanan Material dan Warna, Ford Asia Pasifik, Marie Smyth. “Terima kasih atas ujian ekstensif yang dijalankan oleh pasukan kejuruteraan material dan tempat duduk Ford, para pelanggan kami kini boleh menikmati keselesaan Ranger untuk tempoh lebih lama.”
No Comment