Gaya Hidup / Lifestyle

Lapan Pasukan Malaysia Menolak Sempadan Kecekapan Bahan Api Di SHELL Eco-Marathon Asia 2016

Lapan pasukan pelajar Malaysia dari lima universiti – Monash University Malaysia; Universiti Multimedia; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya; Universiti Teknologi MARA – berharapan agar dapat membanggakan negara di Shell Eco Marathon Asia 2016, satu pertandingan unik yang mencabar pelajar untuk mereka bentuk, membina dan memandu kereta yang paling cekap tenaga.

Mereka akan berlepas minggu depan untuk bersaing dengan lebih 100 pasukan pelajar dari 16 negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika, di Filipina, 3-6 Mac 2016, di litar jalanan yang direka khas di jalan-jalan kota Manila. Dipertandingan ini, pasukan pelajar dicabar untuk meregangkan sempadan kecekapan bahan api dalam keadaan bandar dunia yang  sebenar, dan pemenang ditentukan dengan perbatuan yang dicapai dengan satu liter bahan api, dan bukannya kelajuan.

Upacara flag-off pertandingan pelajar akan diadakan pada 4 Mac di Rizal Park, manakala majlis dan anugerah persembahan penutupan akan diadakan pada 6 Mac di Hotel Manila.

Juga berlansung bersama-sama Shell Eco-marathon Asia, edisi ketiga Shell Powering Progress Together Forum di Manila, di mana lebih daripada 250 pemimpin-pemimpin perniagaan, kerajaan dan masyarakat sivil di seluruh Asia Pasifik berkumpul untuk membincangkan cabaran dan potensi penyelesaian tenaga, air dan sumber  makanan global.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua Shell Eco-marathon, sila layari www.shell.com/semasia 

Winning Entry By Team UiTM Eco Sprint In 2015 For The Prototype Hydrogen Fuel Cell Category - In Tribute To Malaysia Airlines Flights MH370 and MH17

 

 

Previous post

Ford Ranger Baharu: Dibina supaya Tahan Lama

Next post

BMW Group Malaysia Terima Insentif Status EEV Khas untuk BMW 1 Series dan BMW 3 Series.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *