BMW Group Malaysia Terima Insentif Status EEV Khas untuk BMW 1 Series dan BMW 3 Series.
BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas untuk BMW 1 Series dan BMW 3 Series.
Menerusi insentif baharu ini, BMW Group Malaysia akan menyemak semula jualan runcit untuk model BMW 118i, BMW 120i M Sport, BMW 318i Luxury, BMW 320i Sport Line dan BMW 330i M Sport yang telah didaftarkan dengan harganya diturunkan sehingga 8%.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami bekerjasama rapat dengan wakil-wakil daripada kerajaan, terutama dari Institut Automotif Malaysia (MAI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memastikan kami memenuhi semua kriteria yang perlu untuk mendapatkan Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas ini. Hari ini saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah menerima insentif untuk BMW 1 Series dan BMW 3 Series. Jadi, kami akan memberikan manfaat ini kepada para pelanggan.”
Tambah Han lagi, tahun 2016 akan menyaksikan BMW Group Malaysia meneruskan momentum yang dicapainya sejak tahun lalu. Syarikat juga akan terus fokus untuk menawarkan pengalaman pemilikan premium kepada pelanggan yang merangkumi produk-produk terbaik dalam kelasnya, teknologi termaju dan inovasi di dalam kenderaan premium, selain perkhidmatan yang proaktif dari semua segi.
“Pada majlis pelancaran BMW 7 Series serba baharu tidak lama dahulu, kami mengumumkan bahawa 2016 merupakan Ulang Tahun ke-100 BMW Group di seluruh dunia. Kami akan meraikan sambutan ini sepanjang tahun. Kami sudahpun memulakan tahun ini dengan memperkenalkan Program Jaminan Perbatuan Lima Tahun Tanpa Had yang mendahului industri. Selain Program Jaminan Tayar yang direka khas dan pertama seumpamanya dalam industri automotif. Kini, kami boleh berkongsi sesuatu yang istimewa dengan pelanggan BMW 1 Series dan BMW 3 Series,” kata Han.
Harga runcit yang baru dengan Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) (di atas jalan tidak termasuk insurans, bersama Jaminan Perbatuan Lima Tahun Tanpa Had, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar terbaru daripada BMW Malaysia) untuk varian-varian BMW 1 Series dan BMW 3 Series adalah seperti berikut:
Harga sekarang | Harga Insentif EEV | |
BMW 118i Sport | RM 188, 800.00 | RM 173,800.00 |
BMW 120i M Sport | RM 219, 800.00 | RM 202,800.00 |
BMW 318i Luxury | RM 219,800.00 | RM 202,800.00 |
BMW 320i Sport | RM 249,800.00 | RM 231,800.00 |
BMW 330i M Sport | RM 319,800.00 | RM 297,800.00 |
No Comment