Proton Iriz Dilancarkan. Dari RM42,438 Hingga RM62,888.
Proton baru sahaja melancarkan kereta padat terbaru mereka, Proton Iriz, yang sedia untuk pasaran global.
Dilancarkan pagi ini (Khamis} dan di perkenalkan oleh Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad di kilang Proton.
Kereta itu dibina di atas platform yang baru dan di bangunkan untuk pasaran tempatan dan global.
Kereta gaya hatchback ini datang dalam tiga varian – Standard, Eksekutif dan Premium – dan dalam tujuh warna.
Iriz dihargakan antara RM42,438 (untuk versi manual 1.3) dan sehingga RM62,888 (untuk versi spec penuh 1.6).
No Comment