Ferrari Bagi Kimi Uji Halo – Penghadang Penyelamat Kepala
Sesetengah daripada kita mungkin tahu bahawa pasukan F1 kini sibuk membuat persediaan untuk perlumbaan pertama musim 2016 di Melbourne dalam masa beberapa minggu ini. Jadi ada diantara mereka berada di Barcelona, melakukan kerja-kerja ujian penting tetapi untuk mereka yang kurang minat dan kurang kefahaman ini adalah agak membosankan.
Kimi Raikkonen Ferrari, telah melaksanakan tugas ujiannya semalam, melakukan 41 pusingan dengan program set-up untuk menilai tiga sebatian tayar Soft, Supersoft and Ultrasoft dan telah mencatatkan masa yang terbaik 1.22.765 deangan Ultrasoft.
Tetapi hari menjadi lebih menarik apabila pada pusingan pertama, Kimi adalah yang pertama menguji prototaip sistem Halo itu. Struktur karbon tiub yang dipasang diatas kokpit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pemandu berikutan beberapa siri insiden berprofil tinggi yang membawa kepada kecederaan teruk, dan juga kematian. Nampak gayanya Sistem halo lebih diterima ramai kerana idea asal kokpit tertutup tidak langsung tiba ke tahap permohonan oleh sesiapa.
Tetapi, memandangkan F1 adalah F1 – dan yang lebih penting Ferrari adalah Ferrari – mereka menyangkakan yang sistem Halo inilah yang akan dilaksanakan dan mahu menjadi yang pertama untuk mendapatkan data ujian sebenar di litar. Lagipun, benda yang aneh ini kelihatan seperti mempunyai potensi sebagai alat aerodinamik utama.
Bagi pendapat kami tentang Halo ini, kami cuma orang biasa. Jika Kimi suka, kita suka.
No Comment