Pemilik Yang Ada Cerita Indah Tentang Proton Mereka Dicari!
Kebanyakan orang mempunyai ikatan dengan kereta mereka. Ada yang menamakan kereta mereka, ada yang bercakap dengan kereta mereka, dan ada juga yang taksub dengan kereta mereka. Tetapi dengan setiap kereta ada memori indah atau cerita yang menyentuh perasaan.
Kerana inilah PROTON telah mengumumkan ‘The PROTON Search’ – satu pertandingan 13 minggu untuk mencari pemilik kereta Proton yang paling setia di Malaysia.
8 MAC hingga 8 Jun 2016, “The PROTON Search” mencari pelanggan kereta Proton yang milikinya paling lama dan masih berfungsi di Malaysia untuk berkongsi cerita cinta mereka dengan kereta mereka. Kriteria pemenang adalah sebuah kereta Proton yang berada dalam keadaan terbaik dengan mileage tertinggi.
Untuk mengambil bahagian, peserta dikehendaki menghantar borang penyertaan, cerita pendek yang ditulis mengenai kereta tersebut termasuk gambar kenangan kereta atau penyerahan video 60 saat kreatif. Borang boleh diperolehi dari kedai-kedai PROTON terpilih atau dimuat turun dari laman web di www.proton.com. Salinan borang juga diterima.
No Comment