Pasukan Malaysia Menang 4 Anugerah di Shell Eco-Marathon Asia 2016
Empat pasukan Malaysia – dua dari Universiti Teknologi MARA (“UiTM”) Shah Alam; serta satu dari Universiti Malaya (“UM”) dan satu dari Monash University Malaysia – mengharumkan nama negara denagan menyapu hadiah terbaik untuk kategori mereka baru-baru ini di Shell Eco-Marathon Asia 2016 di Manila, Filipina.
Tahun ini, pasukan UiTM Eco-Sprint dari UiTM Shah Alam Malaysia menjaringkan hat-trick – muncul sebagai juara dalam kategori Prototype Hydrogen Fuel Cell untuk tahun ketiga berturut-turut, dengan satu lagi perbatuan memecah rekod 476 km / m3. Satu lagi pasukan dari universiti itu, pasukan UiTM Eco-Planet muncul sebagai juara bagi kategori UrbanConcept Hydrogen Fuel Cell sekali lagi, dengan kereta cetak 3-Dnya yang telah dipasang dengan 120 bahagian-bahagian individu yang dicetak, dengan setiap bahagian mengambil kira-kira 10 jam untuk siap.
Pasukan Eco-Voyager dari Universiti Malaya (UM) dapat tempat kedua bagi kategori Prototype Hydrogen Fuel Cell, mencatatkan perbatuan 244 km / m3 dan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, pasukan Eco-Chaser dari Monash University Malaysia berkedudukan teratas dalam kategori Prototype Compressed Natural Gas ( “CNG”) dengan perbatuan 95 km / l, bersamaan anggaran memandu dari Kuala Lumpur ke Port Dickson pada hanya satu ( 1) liter bahan api.
Untuk maklumat lanjut mengenai semua acara Shell Eco-marathon di seluruh dunia, termasuk peraturan rasmi, cara pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai hadiah-hadiah, sila layari laman web Shell Eco-marathon di www.shell.com/ecomarathon.
For more information on all Shell Eco-marathon events across the globe, including official rules, instructions for registration and details on prizes, please visit the Shell Eco-marathon website at www.shell.com/ecomarathon.
No Comment