Gaya Hidup / Lifestyle

Bermaz Penaja ASEAN Skills Competition 2016

Bermaz Motor Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan bahawa ia akan menaja ASEAN Skills Competition (ASC) 2016 dengan sejumlah 6 unit Mazda3. Empat unit Mazda 3 yang akan digunakan dalam road show kempen kesedaran ASC di seluruh negara dan dua unit akan digunakan dalam pertandingan ini untuk menilai kemahiran dan kebolehan finalis.

MAZDA-3

ASC 2016 menggalakkan pembangunan 25 kemahiran di rantau ASEAN dan seterusnya di peringkat antarabangsa (WSC). Pertandingan ini diadakan setiap dua tahun dan negara-negara anggota mengambil giliran untuk menjadi tuan rumah. Tahun ini pertandingan akan diadakan di Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya.  ASEAN Skill Competition 2016 yang ke 11, akan diadakan sempena Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016.

mazda-1

Acara ini akan diadakan pada 23-28 September 2016 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di mana pertandingan itu akan diadakan dalam tempoh tiga hari.

MAZDA-4

 

Previous post

Mercedes-Benz Menambahkan Ahli Keluarga C-Class

Next post

Honda Malaysia Sasar Jualan 90,000 Unit Pada Tahun 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *