Sudah Bersiap Sedia Untuk Pelancaran Honda BR-V Setelah Diberi Rating 5-Bintang Oleh NCAP ASEAN
Ujian yang dijalankan oleh ASEAN NCAP (New Car Assessment Program) di Japan Automobile Research Institute (JARI) di Jepun telah mendapati bahawa Honda BR-V adalah layak untuk diberikan penarafan 5 bintang penuh.
Dalam ujian frontal offset impact dan side impact, BR-V mencapai penarafan 5 bintang dengan markah 14.79 daripada 16.00 dalam Adult Occupant Protection (AOP) dan 72% dalam Child Occupant Protection (COP). Varian BR-V tanpa Vehicle Stability Assist (VSA) dan Seatbelt Reminder bagi kedua penumpang hadapan telah dinilai 4 bintang.
Seperti yang kita telah dilaporkan baru-baru ini, Honda BR-V dijadualkan akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
No Comment