BFGoodrich Kembali Ke Malaysia
BFGoodrich bawa tayar untuk kegunaan di atas jalan dan di luar jalan kepada pemandu Malaysia yang mahukan segala-galanya
BFGoodrich, jenama tayar Amerika dengan prestasi terbukti yang menjangkau lebih 120 tahun, kini kembali, dengan membawakan pengalaman memandu yang menarik dan menyeronokkan yang dijanjikan oleh tayar baru untuk kegunaan atas jalan, BFGoodrich Advantage T/A® Drive dan T/A® SUV, dan tayar luar jalan BFGoodrich All-Terrain T/A® KO2. BFGoodrich telah mereka bentuk dan mengeluarkan tayar sejak tahun 1896, dengan mengambil kira kepentingan pemandu dan melengkapkan kenderaan mereka dengan keupayaan untuk menempuh pelbagai keadaan dan cabaran untuk memastikan mereka mendapat pengalaman memandu yang menyeronokkan ke destinasi mereka.
“Keseronokan memandu telah sekian lama menjadi sumber inspirasi BFGoodrich. Sebagai satu daripada jenama Amerika yang paling dipercayai, BFGoodrich sememangnya maklum tentang apa yang perlukan untuk menunaikan kehendak dan harapan pemandu yang arif dan sentiasa menghargai serta mengutamakan kawalan, prestasi dan keseronokan memandu.
“Pendekatan inovatif yang menjadikan BFGoodrich nama legenda dalam industri tayar membolehkan ia menawarkan pelbagai pilihan produk untuk kegunaan atas jalan, luar jalan dan juga litar perlumbaan, selaras dengan statusnya sebagai nama yang disegani ramai.
“BFGoodrich sekali lagi memperlihatkan kelebihan inovatif yang menjadikannya jenama yang cukup dihormati dan diiktiraf dalam industri tayar dengan pelancaran tayar BFGoodrich Advantage T/A® Drive dan T/A® SUV baru dan tayar BFGoodrich All -Terrain T/A® KO2 baru. Semua tayar ini direka bentuk untuk menjadikan perjalanan ulang-alik harian anda dan perjalanan untuk bersantai pada hujung minggu lebih menyeronokkan,” kata Chandan Thakur, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, pengedar tayar BFGoodrich di Malaysia.
Rangkaian tayar BFGoodrich Advantage T/A® baru untuk kegunaan atas jalan menawarkan cengkaman lebih kuat dan pemanduan lebih lama dan lebih lancar, serta menjanjikan pengalaman memandu setiap hari yang menyeronokkan pada harga yang berpatutan. Dicipta untuk kereta sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV), tayar BFGoodrich Advantage T/A® paling sesuai untuk memandu di kawasan bandar.
BFGoodrich Advantage T/A® Drive dan T/A® SUV ialah tayar yang menjanjikan prestasi dan nilai yang terbukti. Ia akan memastikan pemandu sentiasa dapat mengawal kenderaan, dalam apa jua keadaan cuaca dan cabaran permukaan jalan.
Reka bentuk bunga simetrik yang dipertingkatkan dengan blok bunga dan bahagian bahu yang tegar, serta alur “bergerigi” untuk menjamin pengendalian dan kawalan yang mantap, membolehkan tayar mengikut setiap perintah pemandu, dan seterusnya menjadikan pemanduan lebih menarik dan menyeronokkan.
Pemandu juga tidak terbatas untuk merasai pengalaman memandu yang hebat dalam apa jua keadaan cuaca, kerana blok bunga besar dengan alur memanjang dan melintang yang dalam dan lebar, serta corak bunga akan memastikan cengkaman brek yang kuat dalam keadaan cuaca kering dan juga basah.
Dibina dengan struktur berbilang lapis yang kukuh serta bahagian bahu dan kumai yang diperkuat, tayar BFGoodrich Advantage T/A® Drive dan T/A® SUV adalah cukup “perkasa” untuk mana-mana pemandu yang gemar menyahut cabaran apa jua keadaan jalan.
Manakala satu lagi tayar inovatif baru, BFGoodrich All -Terrain T/A® KO2, direka bentuk sebagai tayar yang tidak akan mengekang pemandu yang sentiasa mendahagakan pengalaman baru dalam dunia pengembaraan.
BFGoodrich menggunakan teknologi perlumbaan dan kejuaraan sukan motor luar jalan yang tiada tandingan untuk mencipta KO2, yang menjanjikan kelasakan luar biasa, hayat bunga tayar lebih panjang dan cengkaman lebih kuat untuk pemanduan dalam keadaan paling getir, termasuk permukaan jalan kerikil, tanah, batu dan lumpur. KO2 baru memberi keyakinan kepada pengguna untuk menyahut cabaran paling getir, baik untuk bekerja mahupun bersuka ria.
Berpacukan warisan BFGoodrich sebagai pembuat tayar inovatif untuk segala bentuk muka bumi, BFGoodrich All-Terrain T/A® KO2 dicipta sebagai tayar pengguna yang pertama menerapkan teknologi CoreGard™ syarikat, yang terbukti dapat menjamin kemenangan dalam perlumbaan dan memberi kekuatan yang tiada tandingan daripada kepecahan dinding tepi. Berbanding tayar KO semasa yang memang mengagumkan, KO2 baru adalah 20 peratus lebih kuat dari segi prestasi luar jalan.
Tayar KO2 yang lasak ini juga tahan dua kali lebih lama jika digunakan atas jalan kelikir dan 15 peratus lebih lama atas jalan asfalt, membolehkan peminat pengembaraan luar jalan melanjutkan pengembaraan dan pekerja profesional mendapat lebih kegunaan daripada tayar mereka.
Di samping itu, KO2 menawarkan prestasi lebih mengagumkan dalam semua keadaan jalan, dengan cengkaman dalam lumpur 10 peratus lebih baik berbanding tayar KO generasi terdahulu yang memang pun diyakini ramai pemandu.
Tayar BFGoodrich Advantage T/A® Drive dan T/A® SUV boleh didapati di Malaysia dalam saiz popular dari 13 hingga 18 inci mulai bulan Mac 2016. Manakala tayar BFGoodrich All-Terrain T/A® KO2 sudah berada di pasaran tempatan sejak Januari 2016 dalam saiz 15 hingga 18 inci.
No Comment