Audi A3 Tahun 2017 Muncul Lebih Ringan, Lebih Cekap, Lebih Tampan
Audi amat giat, sekali lagi. Model A3 terbaru mereka yang dikeluarkan hanya semalam memang kena pada sasaran dengan kedua-dua visual dan praktikal. A3 baru boleh didapati dalam versi tiga pintu dan sebagai Sportback, Sedan dan Cabriolet.
Audi S3 Sporty datang dengan pelbagai inovasi dan juga telah mempertingkatkan lagi potensi dinamiknya.
Siri A3 menawarkan barisan yang paling pelbagai sistem pemanduan dalam segmen kompak dengan Audi A3 Sportback e-tron dan Audi A3 Sportback g-tron.
Unit Xenon plus adalah lampu standard. Audi menawarkan lampu LED sebagai option dan untuk pertama kalinya lampu LED matriks.
Barisan enjin untuk Audi A3 terdiri daripada enam enjin (tiga petrol dan tiga unit diesel). output kuasa mereka adalah diantara 110 hp 190 hp. Semua model A3 memenuhi standard EU6 itu.
Jadi bila? Siri Audi A3 baru akan dijual pada awal bulan Mei, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan pada musim panas. Tetapi, hanya untuk orang-orang di Eropah. Akan dijual di Malaysia? Ya, tetapi belum tahu bila.
No Comment