Gaya Hidup / Lifestyle

Ford Ranger Dipandu Mengharungi Salah Satu Pengembaraan Off-Road Paling Sukar Sabah

Tak banyak trak pikap dapat mencapai apa yang Ford Ranger megah-megahkan. Dengan ciri-ciri kelas yang terbaik, dalaman yang menyaingi kereta penumpang dua kali harganya dan keselamatan yang tidak berkompromi ia telah melanggar sempadan apa yang pelanggan boleh harapkan apabila membeli-belah dalam sektor ini. Namun dengan kesemua kebaikannya, Ranger masih berjaya menjadi seteguh kalau tidak lebih dari pikap-pikap yang lain.

Ranger-Sabah-4

Ford membuktikan semua ini kepada penulis pada tahun lalu apabila mereka membawa mereka melalui kursus halangan dalam Tadom direka untuk menguji Ranger melalui keadaan yang seteruk mungkin dan … ia lulus dengan cemerlang, tetapi itu tidak mencukupi.

Ranger-Sabah-3

Untuk menunjukkan kepada mereka apa yang Ranger boleh lakukannya dalam persekitaran yang tidak terkawal, Ford dan Sime Darby Auto Connexion (pengedar kenderaan Ford di Malaysia) telah menganjurkan sesuatu yang lebih mentah. Mereka dibawa ke kedalaman hutan hujan tropika Sabah yang tebal di mana ahli-ahli konvoi mereka sendiri menjadi penyelamat sebenar.

Ranger-Sabah-6

Jika ia kuasa mentah yang anda benar-benar mahu, Ranger Wildtraklah pilihan sebenar anda. Dengan enjin 3.2 liter 5 silinder Duratorq ia melahirkan kuasa 200 PS (kira-kira 197 hp) dan 470 Nm tork.

Ranger-Sabah-7

Pengembaraan Sabah ini mengukuhkan pemahaman kita tentang kedudukan Ranger di bahagian atas pek. Kami tahu dari awal lagi bahawa Ford telah menaikan taraf saingan dari segi saiz dan perbaikan, tetapi ia mengambil masa satu ekspedisi kesini dan dari keadaan selamat untuk memahami apa erti kata “Tough Done Smarter’’ sebenarnya.

Ford-Ranger- - 98

Pada keseluruhanya Ranger adalah contoh utama teknologi trickle-down dilakukan dengan cara yang betul. Ia benar-benar menunjukkan bagaimana jika anda betul-betul tunggu secukup lamanya,  segmen kenderaan yang paling rendah pun boleh lama-kelamaan dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi.

Ford-Ranger- - 57

 

Previous post

3M Malaysia Memperkenalkan 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm

Next post

PROTON Mereka Bentuk Mengikut Piawaian Antarabangsa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *