PROTON Mereka Bentuk Mengikut Piawaian Antarabangsa
Bagi Azlan Othman, Ketua Design PROTON, mengatasi halangan-halangan adalah dengan mempunyai prinsip yang ditetapkan, pasukan yang mahir dan sudah tentu, peralatan yang betul.
Dibahagian design PROTON, ketiga-tiga datang bersama-sama untuk membentuk kereta yang rakyat Malaysia boleh berbangga, sama ada mereka memilikinya atau tidak.
Reka bentuk syarikat telah bertambah baik secara berterusan sejak kereta pertamanya, Waja, telah dibuat. Suprima S dan Preve adalah contoh yang baik tentang jenis kerja yang dijalankan oleh pasukan ini tetapi karya yang tiada pertikaian adalah Iriz mereka.
Ia bukan kereta tercantik yang pernah dibuat, tetapi ia sudah tentu menunjukkan bagaimana peserta yang agak kecil dalam industri itu dapat menyampaikan reka bentuk yang diakui umum.
Ianya dedikasi kepada kerja sebeginilah yang membawa kepada reka bentuk terbaik Iriz. Pasukan reka bentuk PROTON telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan status jenama. Dari segi kemajuan, hanya segelintir syarikat-syarikat kereta boleh mendakwa yang mereka telah capai sejak kereta pertama mereka sedekad yang lalu, dan untuk itu kita harus berbangga dengan apa yang telah mereka capai.
No Comment