Banjir: Perodua Tawar Bantuan Pada Mangsa
Perodua menawarkan bantuan kepada semua pelanggannya yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di ibu kota baru-baru ini. Syarikat itu akan menyediakan bantuan dalam bentuk perkhidmatan menunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan bebas untuk menentukan jumlah kerosakan pada kenderaan.
Pelanggan Perodua yang kenderaan mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian bebas tol khidmat pelanggan percuma Perodua di 1-800-88-6600 untuk bantuan.
Mengenai bantuan yang diberikan, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata pelanggan boleh menuntut perkhidmatan tunda (sehingga RM100) untuk dihantar ke pusat servis Perodua yang terdekat.
Di samping itu, Perodua turut menawarkan diskaun 20% untuk alat-alat gantian terpilih – termasuk semua alatan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan gasket – untuk pelanggan-pelanggan yang terjejas akibat banjir.
No Comment