Berita Auto

Mitsubishi Triton Knight Edisi Terhad – 120 Unit, RM122,487

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan Mitsubishi Triton Knight. Terhad kepada 120 unit sahaja, varian terbaru bagi model pikap Triton ini didatangkan dalam warna White Pearl yang dipadankan dengan rim aloi 17 inci berwarna hitam matte dan gril hadapan dalam warna yang sama.

Selain itu, Triton Knight turut dilengkapi dengan palang dan penutup sukan, bumper belakang berwarna hitam matte, extender bumper depan serta stiker eksklusif. Kabin pula dihiasi dengan kemasan kulit serta sulaman khas Triton Knight.

Seperti varian VGT Adventure, Triton Knight datang dengan peralatan standard seperti lampu hadapan Xenon HID, Daytime Running Lights, sistem keyless, stereng boleh laras, dan pedal penukar (paddle shifters). Ia mempunyai 178 PS dan tork sebanyak 400 Nm yang dihasilkan oleh enjin 2.5 liter dengan Variable Geometry Turbo (VGT) berserta intercooler.

Dengan harga RM122,487.84, Mitsubishi Triton Knight datang dengan penyelenggaraan percuma selama dua tahun dengan rebat tunai sebanyak RM2,000 atau kos buruh percuma dengan rebat tunai sebanyak RM4,000. Ia juga dilengkapi dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km.

 

Previous post

Honda Racing Corporation Memperbaharui Kontrak Dengan Dani Pedrosa Sehingga Akhir 2018

Next post

ETCM Tawara Program Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Nissan Yang Terjejas Oleh Banjir KL Baru-Baru Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *