Berita Auto

Volkswagen Vento Baharu – Harga Dari RM79,888

Volkswagen Malaysia hari ini memperkenalkan Volkswagen Vento baharu, sedan yang serba lengkap.

Biarpun Vento bermaksud “angin” dalam bahasa Itali dan Portugis, ia sebenarnya merupakan bukti sebenar nilai dan kejuruteraan Jerman yang bertaraf dunia. Vento dihasilkan untuk pemandu yang mahukan prestasi terbaik tanpa perlu mengorbankan aspek keselamatan.

Volkswagen Vento 02

Vento yang dipasang tempatan ditawarkan dalam tiga varian; Trendline, Comfortline dan Highline.

Vento Highline dikuasakan oleh enjin TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api yang memenangi anugerah. Bersesaran 1.2 liter, ia mampu menjana kuasa 105 PS. Dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan bersama tork maksimum 175 Nm, Vento ialah sedan yang memiliki tork paling tinggi dalam kelasnya.

Vento Dashboard

Walaupun berupaya menawarkan kualiti pemanduan dan prestasi mengagumkan, penggunaan bahan api bagaimanapun hanya 5.5 liter bagi setiap 100 km.

Vento Highline turut diberi penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP kerana ciri keselamatan yang dimilikinya, termasuklah Electronic Stability Control.

Varian Comfortline dan Trendline 1.6L hadir bersama transmisi automatik enam kelajuan bersama fungsi Tiptronic dengan kuasa 105 PS, tork maksimum 153 Nm dan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100 km.

Vento Rear seats

Dari segi penampilan, Vento menyerlahkan DNA rekaan Volkswagen yang menggabungkan aspek bentuk dan fungsi dengan sempurna. Gril krom dan garis sisi bergaya, digabungkan dengan postur yang mantap nyata memberikan Vento gayaan luaran yang kontemporari dan elegan.

Selari dengan komitmen Volkswagen untuk membina kereta yang lebih kukuh dan selamat, Vento baharu dibina menggunakan kimpalan laser yang merupakan ciri standard pada semua kenderaan Volkswagen.

Volkswagen Vento 03

Vento baharu ditawarkan pada harga RM79,888 untuk Trendline, RM86,888 untuk Comfortline dan RM93,888 bagi Highline. Lima warna menarik disediakan – putih (Candy White), merah (Flash Red), perak (Reflex Silver), kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black).

Tempahan dan pandu uji boleh dilakukan di semua bilik pameran Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Previous post

TCR Asia Series 2016: Sritrai Dan Bruins Kutip Mata Berharga Di Korea

Next post

Mercedes-Benz C-Class Coupe Tiba Di Malaysia - Harga Dari RM308,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *