Berita Auto

Toyota Sienta Buat Kemunculan Mengejut Di MY Auto Fest 2016

UMW Toyota Motor membuat kejutan di MY Auto Fest 2016 dengan menampilkan Toyota Sienta buat pertama kali di Malaysia. Walaupun belum dapat dipastikan, MPV tujuh tempat duduk itu dijangka akan dilancarkan ke pasaran negara ini bermula akhir tahun ini.

Mungkin tidak ramai antara kita yang tahu tentang Sienta. Walaupun ia mempunyai bentuk badan yang tidak jauh berbeza dengan model Avanza dan Innova, Toyota Sienta datang dengan reka bentuk yang nyata lebih futuristik dan ‘liar’ yang sudah pasti mampu menarik perhatian peminat-peminat MPV di negara ini.

SONY DSC

Model yang dipamerkan ini dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti lampu hadapan LED projektor, lampu belakang LED, pintu elektrik di kedua-dua belah serta rim dwi-warna bersaiz 16 inci . Bahagian kabinnya pula didatangkan dengan skrin sesentuh, penghawa dingin automatik lengkap dengan lubang belakang, serta tema hitam dan perang yang sepadan dengan warna luarannya.

Toyota Sienta MY Auto Fest 2016 04

Seperti model Avanza facelift yang dilancarkan lewat tahun lalu, Toyota Sienta dikuasakan oleh enjin 1.5 liter, empat silinder Dual VVT-i yang menjana kuasa sebanyak 107 PS dan 143 Nm. Kuasa disalurkan ke tayar hadapan melalui transmisi jenis CVT. Ini berlainan dengan model Avanza dan Innova yang berpacuan roda belakang.

SONY DSC

Setakat ini, maklumat-maklumat seperti bilangan varian yang akan dibawa masuk serta harga untuk Toyota Sienta masih belum dapat disahkan.

Previous post

Honda Civic Generasi Ke-10 Tampil Buat Pertama Kali Di MY Auto Fest 2016

Next post

Suzuki Motor Mempunyai 16 Model Dengan Data Pelepasan Yang Mencurigakan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *