Nissan Dapat Deal Jual Fleet Teksi Eletrik Terbesar Di Dunia
Nissan dan La Ciudad del Taxi telah mengumumkan perjanjian armada teksi 100 peratus elektrik terbesar di dunia yang akan menyaksikan 110 perkhidmatan teksi Nissan LEAF 30 kWh sifar pelepasan di Madrid.
Nissan LEAF adalah kenderaan elektrik yang paling laris di dunia dengan lebih daripada 220,000 unit telah dijual di seluruh dunia. LEAF 30 kWh baru menawarkan jarak perjalanan sehingga 250 km dengan satu caj yang sama, menjadikannya kenderaan teksi yang ideal dan saiz, keselesaan dan prestasinya juga sesuai untuk persekitaran bandar. Selain manfaat pelepasan sifar, Nissan LEAF juga menawarkan kos pengendalian empat kali lebih murah berbanding dengan enjin pembakaran konvensional dan penjimatan sehingga 40 peratus dalam kos penyelenggaraan.
Majlis Bandaraya Madrid juga telah mengesahkan ia akan menyedia infrastruktur mengecas di seluruh ibu negara.
No Comment