Suzuki Motor Mempunyai 16 Model Dengan Data Pelepasan Yang Mencurigakan
Suzuki Motor baru sahaja menyatakan bahawa mereka telah mengunakan kaedah ujian penjimatan bahan api dan pelepasan yang berbeza daripada peraturan Jepun dengan 16 model mereka yang kini dijual di negara mereka tetapi ujian yang betul tidak menunjukkan keperluan untuk meminda data.
Pembuat kereta keempat besar Jepun berkata kaedah ujian yang tidak sepatutnya itu digunakan sejak 2010, dan sekitar 2.1 juta kenderaan terjejas. Percanggahan itu tidak menjejaskan mana-mana kenderaan Suzuki luar negara.
CEO Osamu Suzuki memberitahu pemberita bahawa pekerjanya tidak sengaja menggunakan data yang tidak betul. “Syarikat itu meminta maaf kerana kami tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh negara ini,” katanya. Mereka merancang untuk terus menjual kereta ini memandangkan bacaan baru tidak menyimpang jauh daripada yang dikemukakan sebelum ini, sambil menambah bahawa ia tidak melihat banyak kesan ke atas pendapatan buat masa sekarang.
Suzuki berkata, ia diukur mengikut data yang berkaitan dengan komponen seperti tayar, brek dan transmisi, dan digabungkan hasil tersebut dengan ujian rintangan udara di dalam terowong angin.
Suzuki pakar dalam kenderaan mini, yang mempunyai enjin sehingga 660cc dan mendapat layanan cukai khas di bawah undang-undang Jepun. Ia menguasai kira-kira satu pertiga daripada pasaran kenderaan mini di negara Jepun, di mana ia ketinggalan hanya dibelakang Daihatsu.
No Comment