Muka Baru Bagi Saingan Sengit Di Pusingan Kelayakan Audi R8 LMS Cup Di Shanghai
Martin Rump dari Champion Racing Team akan bermula dari petak pertama dalam Pusingan 1 Audi R8 LMS Cup 2016 selepas mencatatkan masa terpantas dalam penentuan Superpole pada hari Sabtu. Menyertai Rump di barisan hadapan di Litar Antarabangsa Shanghai pada hari Ahad adalah Yuichi Nakayama dari pasukan KCMG.
Rahel Frey dari Castrol Racing Team berada di tempat ketiga terpantas di hadapan pemandu Belgium Alessio Picariello dari MGT Team by Absolute.
Dengan Rump, Nakayama dan Picariello, tiga dari empat pemandu terpantas terdiri dari pemandu muda yang baru sahaja menyertai siri perlumbaan tersebut.
Juara bertahan, Alex Yoong dan naib juara musim 2015 Cheng Congfu masing-masing akan bermula dari petak kelapan dan kesepuluh selepas mengalami hari yang sukar dalam keadaan basah.
“Peserta-peserta baru telah membuktikan kekuatan mereka dan benar-benar membuat perbezaan,” kata Rene Koneberg , Pengarah Audi Sport Customer Racing Asia. “Kami gembira untuk mempunyai barisan kompetitif yang diterajui bakat muda.”
Juara Audi Sport TT Cup 2015 Jan Kisiel layak di tempat ketujuh. Sementara itu, pemandu berusia 16 tahun Jasper Thong dari Hong Kong menjadi pemandu termuda dalam sejarah Audi R8 LMS Cup.
No Comment