Berita Auto

Isuzu Lancar D-Max Beast Edisi Terhad – Harga Dari RM119,559

Jika Isuzu D-Max yang sedia ada tidak cukup ganas, mungkin D-Max Beast yang baru dilancarkan ini dapat mengubah fikiran anda. Terhad kepada 360 unit sahaja, model ini didatangkan dalam warna Magnum White Solid (putih) dan Titan Silver Metallic (perak) yang digabungkan perincian-perincian berwarna gelap yang menyerlahkan karakternya.

SONY DSC

Di bahagian hadapan, gril berwarna gelap dan hiasan pada bonet menggantikan kemasan krom yang biasa digunakan. Bampar berwarna hitam matte dengan plat kemas perak ditambah untuk perwatakan yang lebih rugged manakala perumah lampu utama berwarna hitam menawarkan eskpresi wajah yang lebih gagah. Lampu nyalaan siang (daytime running lights) LED juga disertakan sebagai ciri standard.

SONY DSC

Dari arah sisi, perwatakan D-Max Beast ditonjolkan melalui hendal pintu, rel bumbung, perumah cermin sisi dan pemijak tepi yang semuanya berwarna hitam. Imej baru trak pikap ini dilengkapkan dengan pelekat ‘Beast’ serta rim aloi 17 inci yang dibalut tayar bersaiz 255/65.

SONY DSC

Penampilan model ini dilengkapi dengan kehadiran ciri-ciri eksklusif seperti hendal pemegang berwarna hitam, bampar, pelindung lampu belakang, dan perumah nombor plat. Bagaimanapun, kehebatan D-Max Beast bukan pada paras rupa sahaja. Ia juga dilengkapi dengan bar belakang berpenutup yang boleh dikunci, spoiler aero serta bed liner.

Isuzu D-Max Beast 07

Ruang kabinnya pula terdapat kemasan tona kelabu gelap serta tempat duduk yang dibalut dengan kulit Itali dwi tona lengkap dengan sulaman ‘Beast’ pada bahagian penyandar. Karpet lantai juga menerima sulaman tersebut. Tambahan pula, panel pemijak kaki besi tahan karat diiluminasi dengan logo LED Isuzu setiap kali pintu dibuka.

SONY DSC

Sistem audio juga telah dipertingkatkan. Ia kini dilengkapi satu pemain multimedia Kenwood dengan skrin sesentuh bersaiz 6.2 inci serta kamera undur. Sistem audio Bongiovi berserta enam pembesar suara memastikan perincian yang jelas dan seakan di studio.

SONY DSC

Isuzu D-Max Beast boleh didapati dengan transmisi automatik 4×4, sama ada dengan enjin 2.5 atau 3.0 liter. Harga masing-masing bermula dari RM119,559.44 dan RM127,547.56 (harga atas jalan termasuk insurans dan GST).

 

Previous post

Fast Bikes Sdn Bhd Lancar Empat Model Bonneville Baharu

Next post

Proton Panggil Semula Inspira Dan Exora CPS 1.6

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *