Tujuh Menang Percutian Bermotorsikal Percuma Ke Langkawi Dengan Shell Advance
Tujuh peminat motosikal bertuah telah memenangi percutian bermotosikal ke Langkawi selama 5 hari 4 malam percuma sebagai pemenang peraduan pengguna Shell Advance #Advance2Langkawi yang diadakan pada Disember tahun lepas.
Mereka adalah Keith Ow, 29, dari Pulau Pinang; Ng Yao Ding, 29, dari Ipoh; Zahed Abdul Rahman, 43 dan isteri, Hamidah Hassan, 43, dari Rawang; Koong Wai Hoong, 32, dan Shamsul Ridzuan Idris, 42, dari Kuala Lumpur; dan Miazil Harina Jores, 28, dari Johor Bahru.
Peraduan Shell Advance menarik lebih daripada 700 penyertaan. Pemenang dipilih berdasarkanfoto perjalanan yang terbaik yang mereka telah muat naik dan kongsi di media sosial dengan hashtag #Advance2Langkawi.
Sebagai sebahagian daripada persiapan untuk perjalanan 18 Mei hingga 22, 2016 itu, Shell Advance menyediakan pertukaran minyak enjin percuma untuk motosikal pemenang supaya mereka boleh mengalami kuasa yang berterusan dan perjalanan yang lebih lancar dengan Shell Advance Ultra dengan PurePlus Technology. Sepanjang perjalanan pergi balik sejauh lebih kurang 1,200 kilometer dari Kuala Lumpur ke Langkawi dan balik, semua motosikal berminyakkan Shell V-Power.
Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, peraduan pengguna yang unik merupakan satu lagi inisiatif unik oleh Shell Advance untuk mendekati penunggang Malaysia.
“Pengembaraan jalanan menarik ini adalah satu peluang yang hebat untuk peminat motosikal untuk mengalami minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra berteknologi unggul menampilkan PurePlus Teknologi proprietari Shell. Ia berjanji untuk membuat setiap perjalanan lebih menyeronokkan tanpa kehilangan kuasa, batu demi batu, tidak kira berapa jauh atau berapa keras anda menunggang, “katanya.
Shell PurePlus Technology adalah satu proses revolusi gas-to-liquid (GTL) yang menukarkan gas semula jadi ke minyak asas yang jernih dengan hampir tidak ada kekotoran yang terdapat dalam minyak mentah. Minyak GTL asas menyampaikan tahap pembersihan yang lebih tinggi dan perlindungan kakisan dan kehausan yang unggul. Hasilnya, yang pertama-dan-hanya satu minyak enjin motosikal seumpamanya , Shell Advance Ultra dengan PurePlus Technology, mampu menawarkan permulaan yang bersih dan menyampaikan lebih banyak dan berterusan kuasa setiap kali.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi Shell Advance terkini, sila ke www.shell.com.my/advance
No Comment