58,140 Unit Honda Dipanggil Semula Atas Isu Beg Udara
Honda Malaysia hari ini mengumumkan satu panggilan semula yang melibatkan sejumlah 58,140 unit kenderraan yang terdiri daripada pelbagai model Honda.
Menurut syarikat itu, panggilan semula ini adalah perlu untuk menggantikan inflator beg udara pemandu dengan unit yang baru. Inisiatif ini adalah satu langkah proaktif yang diambil oleh syarikat tersebut memastikan keselamatan pelanggan mereka. Ia juga mengesahkan bahawa semua model jualan semasa tidak terjejas oleh panggilan semula ini.
Honda Malaysia berkata bahawa pemilik-pemilik yang terlibat telah dimaklumkan secara rasmi melalui surat. Kos-kos alat ganti serta buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut.
Pemilik Honda boleh menyemak status kenderaan mereka dengan membuat panggilan ke nombor bebas tol Honda di 1-800- 88-2020 atau melayari laman web: www.honda.com.my.
No Comment