Mitsubishi Jual 100,000 Kenderaan Outlander Plug-in Hibrid Eletrik Sejak 2012
Mitsubishi Motors Corporation telah mencapai angka mercu tanda yang ketara, 100,000 jualan global Outlander PHEV sejak pelancarannya.
Ia tidak sukar untuk melihat mengapa Outlander PHEV terbukti begitu popular. Ia mempunyai ekonomi bahan api yang mengagumkan dan pelepasan ultra rendah – dalam kenderaan dengan keupayaan pergi-mana-mana empat roda.
Ia mempunyai jarak perjalanan hibrid sejauh 541 batu dan 32 batu jarak perjalanan yang berpelepasan sifar menggunakan kuasa bateri sahaja, rata-rata lebih daripada cukup untuk menampung perjalanan pergi-balik harian.
Di Malaysia, Outlander itu dijual dengan enjin 2.4 liter DOHC MIVEC, tetapi kita menaruh harapan semuga akan dapat melihat versi Plig-In Hibrid Eletrik tidak lama lagi.
No Comment