Gaya Hidup / Lifestyle

Fariqe Hairuman Berdepan Cabaran Terbesar Dalam Karier

Setelah memenangi banyak perlumbaan antarabangsa bersama pasukan-pasukan berprestij, pelumba Malaysia Fariqe Hairuman kini berhadapan dengan cabaran terbesar dalam kariernya tahun ini dengan mempertahankan mahkota Malaysia Championship Series (MCS) dengan kereta lumba yang dibangunkan sendiri semasa bekerja secara bebas dalam mencari penaja.

Bekas juara Asian Touring Car Championship (ATCC) dan Japan Super Taikyu itu akan berpasangan dengan Hafiz Bachok dalam usaha mempertahankan kejuaraan Malaysian Touring Car Championship (MTC) bersama pasukan Proton R3 Motorsports dan pemandu utamanya, James Veerapen.

Dengan pasukan PSP yang sama, Fariqe bertanding dalam ATCC pada tahun 2006 sebelum memenangi keseluruhan siri itu pada tahun berikutnya. Beliau terus berlumba untuk pasukan PETRONAS Syntium dalam siri Super Taikyu di mana beliau menjadi naib juara pada tahun 2008 dan juara keseluruhan pada tahun 2009.

MCSR1-2

Memandu di samping Veerapen tahun lalu, duo dari Proton R3 Motorsports itu berada dalam kelas tersendiri dalam kejohanan MTC apabila memenangi lima perlumbaan untuk merangkul kejuaraan dalam mesin Proton Suprima S mereka.

Seperti Fariqe, juara empat kali Malaysian Super Series (MSS) Boy Wong Yew Choong juga dilanda masalah yang sama selepas pasukannya sejak dua musim lalu – Wing Hing Motorsports – memilih untuk tidak bertanding pada tahun ini. Bersaing dalam kategori Touring Production bagi kereta 1,800cc ke atas , Boy berkata beliau realistik mengenai peluangnya tetapi bertekad untuk menang pada hujung minggu ini.

 

 

Previous post

Mercedes-Benz Labur Kira-kira € 3B Dalam Teknologi Enjin

Next post

Zlatan Ibrahimovic Membintangi Kempen Pemasaran Volvo V90 Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *