Gaya Hidup / Lifestyle

Ford Menjadi Pengeluar Pertama Bakal Menggunakan CO2 yang Disimpan untuk Membangunkan Busa dan Plastik Kenderaan

Ford Motor Company menjadi pengeluar pertama yang memformulasi dan menguji busa baharu dan komponen plastik menggunakan karbon dioksida sebagai suapannya (feedstock). Pasukan penyelidikan menjangkakan biomaterial baharu ini akan digunakan ke dalam kenderaan produksi Ford dalam masa lima tahun.

Screen Shot 2016-05-30 at 1.04.55 AM

 

Diformulasi dengan lebih 50 peratus polyol yang berasaskan kepada CO2, busa ini nampak meyakinkan kerana ia berjaya memenuhi standard ujian automotif yang ketat. Ia boleh digunakan pada tempat duduk dan bahagian bawah kenderaan. Sekali gus berpotensi mengurangkan penggunaan petroleum sehingga lebih 600 juta pound setiap tahun – cukup untuk digunakan oleh hampir 35,000 buah rumah di Amerika. Busa yang diperbuat daripada CO2 itu juga dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil di dalam kenderaan Ford. Selain meningkatkan kehadiran busa yang mapan pada barisan model Ford di peringkat global.

Screen Shot 2016-05-30 at 12.58.52 AM

“Ford bekerja keras untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan menurunkan kadar penggunaan plastik dan busa berasaskan petroleum,” kata Ketua Teknikal Kanan Kelestarian Ford, Debbie Mielewski. “Teknologi ini sangat mengujakan kerana ia mampu menyumbang dalam menyelesaikan masalah yang kian mendesak – perubahan iklim. Kami sangat gembira kerana menjadi peneraju ke arah perubahan mengurangkan emisi karbon dan kesan terhadap perubahan iklim ini.”

Screen Shot 2016-05-30 at 12.58.21 AM

Emisi karbon dan perubahan suhu menjadi kebimbangan utama para pemimpin dunia berikutan 2.4 juta pound CO2 dilepaskan ke atmosfera sesaat di seluruh dunia. Menurut Persekutuan Plastik Britain, pengilangan plastik mewakili hampir 4 peratus penggunaan minyak dunia. Pasukan penyelidik Ford berharap langkah awal syarikat untuk menggunakan karbon yang diperangkap dengan cara lebih inovatif mampu mencapai matlamat jangka panjang iaitu mengurangkan pemanasan global yang telah ditetapkan dalam Perjanjian UN Paris baru-baru ini.

Screen Shot 2016-05-30 at 12.58.03 AM

Selama hampir dua dekad, para penyelidik berjaya membangunkan material-material mapan untuk produk-produk Ford. Kacang soya ditukar menjadi busa tempat duduk; kenaf digunakan di dalam kemasan pintu; kemeja-T dan denim yang dikitar semula menjadi karpet, manakala  botol plastik kitar semula ditukar menjadi fabrik tempat duduk.

Screen Shot 2016-05-30 at 12.57.50 AM

Ford mula bekerjasama dengan beberapa buah syarikat, pembekal dan universiti pada tahun 2013 untuk mencari jalan memerangkap CO2. Antaranya ialah Novomer – sebuah syarikat berpangkalan di New York. Ia menggunakan karbon dioksida yang diperangkap daripada kilang-kilang pengeluaran untuk menghasilkan material-material inovatif. Melalui satu sistem penukaran, Novomer menghasilkan satu polimer yang kemudian boleh diformulasi menjadi pelbagai material termasuklah busa dan plastik yang mudah untuk dikitar semula.

Screen Shot 2016-05-30 at 12.57.37 AM

“Novomer begitu teruja dengan kerja-kerja yang telah dirintis oleh Ford dan menggunakan polyol berasaskan CO2 Converge® kami,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Novomer, Peter Shepard. “Ia memerlukan syarikat yang berani dan inovatif seperti Ford untuk membolehkan teknologi-teknologi baharu menjadi produk arus perdana.”

Screen Shot 2016-05-30 at 12.57.18 AM

Ford berbesar hati untuk menjadi pelopor – pengeluar kenderaan pertama yang memulakan usaha ke arah pengurangan emisi karbon.   “Di Ford, kami agresif dalam membangunkan cara baharu dan lebih mapan untuk menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi dengan matlamat memulihara dan menambah baik bumi ini,” kata Mielewski.

Screen Shot 2016-05-30 at 12.57.00 AM

Previous post

BMW M2 Habis Dijual Di Australia

Next post

Malaysia Championship Series: Lai Wee Sing Bermula Dari Petak Pertama

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *