Gaya Hidup / Lifestyle

Toyota MengHITAMkan HiLux

Model terbaru HiLux Black yang tidak ‘ditakdirkan’ untuk Malaysia dihiasi dengan pelbagai ciri-ciri luaran dan dalaman, yang diperkenalkan dalam warna hitam bagi menampakkan kekukuhannya dan lebih menarik.Untuk lebih terperinci, versi ini termasuk kombinasi warna hitam untuk side steps, sports bar dan rekaan dalaman bereksorikan kulit termasuk kawalan tempat duduk pemandu dengan enam-cara laras.

toyota-hilux-black-edition-01

Yang lebih menarik lagi, rekaan baru aloi rodasix-spoke17 inci inijuga dicat hitam. Model ini juga memperlihatkan bumper depan dan belakang baru yang prominen untuk memberikan letak duduk rendah untuk HiLux Black.  Rupa bentuk muskular ini tampak terserlah dengan tambahan hitam di bawah ruang lampu kabus.

Di samping itu, dipasang gril besar berwarna hitam di bahagian bawah hadapan dan diserlahkan dengan jalur merah di sepanjang sisi bawah membuatkan HiLux tampak lebih agresif. Ia juga dilengkapi dengan lampu LED daylight. TRD yang merupakan rakan global Toyotaturut sama terlibat dalam rekacipta edisi khas ini. TRD hanya sediakan dari segi penambahan kosmetik pada edisi ini seperti logo biasa atas wheel caps dan tambahan bumper depan.

toyota-hilux-black-edition-03

Model ini dikuasakan oleh enjin torqueyToyota 3.0 liter empat silinder turbo-diesel yang didatangkan sama ada dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau transmisi automatik lima-kelajuan. Antara ciri-cirinya termasuk kamera undur dan sistem navigasi satelit dengan aplikasi laporan trafik terkini SUNA™ yang semuanya dipaparkankan pada skrin audio 6.1 inci.

toyota-hilux-black-edition-06

Syarikat Jepun menawarkan pilihan warna hitam dan putih untuk bahagian luaran yang dipanggil Eclipse Black dan Glacier White. Untuk 4×4 guise, Toyota HiLux edisi hitam akan dihasilkan kurang dari 1,000 unit. Ia berasaskan model SR5 4×4 Double Cab pickupdan mempunyai rating maksimum 5 bintang untuk ciri keselamatan.

toyota-hilux-black-edition-04

 

 

Previous post

Honda Civic Type R Baru Ingin Menjadi Yang Terpantas Sekitar Nurburgring

Next post

Volvo Umum Konsep Drive-E Powertrain Berprestasi Tinggi 450hp

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *