Volvo Umum Konsep Drive-E Powertrain Berprestasi Tinggi 450hp
Berikutan kejayaan model Drive-E Powertrain Volvo pada tahun 2013, tim powertrain sekali lagi menunjukkan kepimpinan teknologi dalam pengurangan emisi (perlepasan) teknologi turbo.
“Bila kami melancarkan siri Drive-E powertrain, matlamat kami adalah untuk memberikan enjin 4 silinder paling maju dalam industri berasaskan emisi dan penggunaan bahan api relatif kepada prestasi dan pemanduan. Kami tahu penggunaan 320hp dalam konfigurasi petrol kami hanyalah permulaan. Konsep Drive-E Powertrain berprestasi tinggi 450hp, membuktikan kehebatan dan kebolehan Drive-E Powertrains,” kata Dr. Peter Mertens, Naib Presiden Kanan, bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Volvo Car Group.
Konsep Drive-E Powertrain berprestasi tinggi 450hp ini berasaskan kepada satu set teknologi yang tidak terdapat dalam enjin 4 silinder. Enjinnya menggunakan dua pengecas turbo selari, yang mendapat tenaga dari kompresor turbo berkuasa elektrik. Udara mampat dari unit ini tidak sampai pada silinder tapi sebaliknya digunakan untuk mengili dua pengecas turbo selari. Minyak dipam menggunakan pam minyak dual yang bekerja pada 250 bar tekanan. Dengan ketumpatan kuasa sebegini, pemasangan dan sistem minyak yang unik mampu dinaikkan 3 kali ganda bagi membolehkan pemanduan yang dinamik tanpa sebarang turbo lag, berbanding mono-turbo.
“Ada beberapa aplikasi saiz kecil berkuasa tinggi di mana satu turbo besar digunakan untuk hasilkan kuasa tahap tinggi yang didapati dari pengeluar lain, tetapi menjejaskan pemanduan kerana tindak balas enjin yang perlahan. Sebagai antara syarikat kereta pertama yang menawarkan pelbagai teknologi turbo yang diwarisi sejak 1981, kami mampu memperbaikinya,” menurut Michael Fleiss, Naib Presiden, Kejuruteraan Powertrain di Volvo Car Group.
Prestasi tinggi dari konsep Drive-E Powertrain menarik perhatian dan penglibatan pembekal kereta Volvo seperti AVL, Denso dan Volvo Polestor Racing di peringkat awal, seterusnya membolehkan teori dan teknologi dari aplikasi racing diterapkan dalam proses pembinaan,
“Ini adalah satu projek yang amat menarik kerana kami telah mempelopori gabungan teknologi dalam aplikasi yang sama, dan hasilnya adalah enjin yang agak unik dengan kuasa tinggi dan tindak balas yang pantas. Yang paling utama, saiznya yang kompak memperbaiki agihan berat antara gandardepan dan belakang dan merendahkan pusat graviti – dua faktor yang mempunyai kesan besar ke atas pengendalian, samada ianya kereta lumba atau kereta di jalan,” kata Mattias Evensson, Pengarah Enjin Lumba di Volvo Polester Racing.
“Ia mungkin pelik tapi konsep 450hp ini adalah satu bahagian penting program pembangunan Drive-E kami. Pengecilan ini perlu menawarkan pelanggan kuasa yang menarik untuk digunakan agar pengurangan emisi skala besar berjaya. Powertrain yang kompak memberi ruang dan mengurangkan berat pada struktur kereta yang boleh digunakan untuk elektrifikasi dan seterusnya mengurangkan emisi. Dah inilah cita-cita utama kami,” kata Dr. Mertens
No Comment