Supermoto Husqvarna FS 450 Dikemaskini Untuk 2017
Husqvarna Motorcycles telah memperkenalkan model supermoto FS 450 edisi 2017, yang dikatakan dirombak sepenuhnya untuk menawarkan anjakan dari segi prestasi dan teknologi.
Walaupun begitu, perubahan yang dilakukan tidaklah menyeluruh. Selain dari grafik badan baru, FS 450 kini didatangkan dengan sepit udang udara WP AER 48 yang mempunyai 5 mm lebih ‘travel’ serta 1.66 kg lebih ringan dari unit yang sebelumnya. Ia dilengkapi dengan pengapit bertiga rekaan terbaharu yang membolehkan tiub sepit udang itu untuk melenturtegang di bawah beban dan juga pam udara untuk kerja pelarasan yang lebih mudah.
Unit itu juga dipadankan dengan tapak enjin aluminium yang meningkatkan fungsi sistem penggantungan di samping mengurangkan berat secara keseluruhan.
Walaupun enjin 450 cc silinder tunggal yang menghamburkan 63 hp itu tidak disentuh, FS 450 kini mempunyai fungsi kawalan cengkaman (traction control) sebagai tambahan kepada ciri elektronik sedia ada iaitu kawalan pelancaran (launch control) dan pemetaan enjin. Ketiga-tiga fungsi ini boleh diaktifkan menggunakan suis khas yang berada pada handlebar-nya.
No Comment