Berita Auto

Jaguar XE Dengan Ingenium: Mendalami Teknologi Enjin Bertaraf Dunia

Dengan kehadiran model XE yang aluminium intensif dan menggunakan enjin diesel Ingenium  terbaru yang memacu roda belakang, menjadikan model ini sebagai kereta Jaguar yang paling efisien dalam pengunaan bahan api  setakat ini dengan emisi CO2 dari hanya 99g/km. Rangkaian Ingenium dikeluarkan di 100,000m2 Engine Manufacturing Centre di West Midlands, UK yang baru dibina dengan harga £500juta.  Enjin dapat dihasilkan sepenuhnya pada kadar satu setiap 36 saat. Bermula dari peringkat awal bermakna jurutera powertrain Jaguar boleh menghasilkan enjin Ingenium yang ringan dan efisien sekaligus memberikan kuasa, kilasan dan kelancaran yang dimahukan pelanggan. Tahap pencapaian enjin terkini ini telah dibuktikan melalui percubaan pemanduan 2 juta batu dijalanraya.

“Generasi baru enjin diesel Ingenium ini direka sepenuhnya dan dihasilkan oleh pengeluar Jaguar sendiri. Tiada satu pun peluang yang tertinggal dalam memastikan rekaan ini tepat mengikut kecanggihan kemajuan teknikal.” Menurut Ron Lee, Ketua Kumpulan Jurutera Powertrain, Jaguar.

JAGUAR_XE_R_SPORT_INT_01

Geserannya rendah, semua unit aluminium mempunyai blok silinder sengit dan aci pengimbang berkembar untuk memastikan getarannya pada tahap rendah.  Perincian seperti pelindung takungan akustik, nyahganding injektor dan ovaliti 0.5mm pada pemacu pam gegancu menyumbang kepada kesenyapan enjin Ingenium. Model XE baru akan memperkenalkan 2 versi untuk Ingenium diesel 2.0 liter. Keluaran pertama, pada kadar 163PS/380Nm, menjadi tanda aras kepada angka efisiensi iaitu 75mpg dan 99g/km CO2 tanpa kompromi untuk melancarkan prestasi atau rangkaian tengah pemecutan.

JAGUAR_XE_R_SPORT_DYNAMIC_02

JAGUAR_XE_R_SPORT_DYNAMIC_03

Ingenium diesel yang memenuhi Euro 6 adalah tulen dan efisien. Kebolehubahan timing injap ekzos memendekkan mangkin fasa cahaya dan juga meningkatkan pertumbuhan semula penapis zarahan diesel (DPF – diesel particulate filter)

JAGUAR_XE_R_SPORT_INT_02

Ingenium diesel akan turut serta pada pelancaran enjin petrol direct-injection yang berkuasa tinggi dan efisien : turbocharged 2.0 liter 4 silinder dan supercharged 3.0 liter V6 yang luarbiasa.

JAGUAR_XE_R_SPORT_INT_03

 

Previous post

Lexus RC F GT3: Kereta Lumba yang Bercita Cita Tinggi

Next post

Toyota GT86 Kuning Untuk Edisi Eropah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *