Gaya Hidup / Lifestyle

Penjimatan Servis Untuk Semua Model Hyundai

Jika anda memiliki model Hyundai yang lama dan yang tidak lagi ada jaminan, nikmatilah penjimatan dari pusat-pusat servis Hyundai yang sekarang ini menawarkan caj buruh  percuma untuk perkhidmatan tukar pelincir (minyak enjin dan penapis minyak).

Selain dari itu, pusat perkhidmatan Hyundai yang mengambil bahagian juga akan melakukan pemeriksaan 20 point percuma termasuk pad brek, bearing, tayar, wiper, cecair radiator, spark plug dan lain-lain

Pelanggan boleh berjimat purata sebanyak RM100 bagi setiap perkhidmatan (bergantung kepada model) dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh HSDM.

Penjimatan kos untuk servis selepas jualan juga diberikan kepada pelanggan yang membeli mana-mana model Hyundai baharu dari 2016 dan mereka juga akan menikmati penjimatan hebat untuk penyelenggaraan kereta mereka melalui Program My Hyundai Care yang baru dilancarkan. Dengan jadual perkhidmatan penyelenggaraan berkala yang disemak semula, pemilik Hyundai boleh menikmati penjimatan kos sehingga 15% dan penjimatkan 30% masa.

‘Hyundai Care Programme’ menawarkan tiga pakej:

  • Care Basic
  • Care Advance
  • Care Advance Plus

Care Basic menawarkan penggantian minyak enjin, penapis minyak dan gasket plug minyak . Selain Care Basic, Care Advance  menawarkan penggantian barangan penyelenggaraan lain seperti penapis udara, cecair brek, penapis penyaman udara, spark plug dan coolant. Sementara itu, pakej Care Advance Plus memenuhi keperluan mereka yang perlu major servis dengan penggantian Automatic Transmission Fluid (ATF), belting enjin , cecair brek dan penapis penghawa dingin. (Pakej ini hanya untuk model yang dijual sekarang).

Selain itu, 200 pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi baucar servis bernilai RM300 apabila dipakai untuk servis kereta mereka di antara 1 Jun dan 1 Ogos. Dalam tempoh promosi ini, pelanggan dengan kenderaan yang berusia kurang daripada lima tahun akan mendapat diskaun sehingga 20% ke atas alat ganti terpilih dan diskaun 10% ke atas caj buruh.

Pelanggan boleh mengetahui lebih lanjut mengenai promosi melalui App My Hyundai Care atau hubungi Talian Hyundai Penjagaan Pelanggan di 1-300-13-2000.

Hyundai models parked at service bays @ Hyundai's Authorised Service Centre

 

 

Previous post

5 Tips Mudah Untuk Memanjangkan Hayat Transmisi Dual-Clutch Anda

Next post

Leona Chin Miliki Mitsubishi Triton VGT Adventure Generasi ke-5

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *