Berita Auto

Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL Dilancarkan – Dari RM145,578

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPULyang membuatkan MPV versatil serta popular itu tampil lebih sporty dan sofistikated.

Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL kini didatangkan dalam dua varian tambahan; 2.0L IMPUL Highway Star, berharga RM145,578.59 dan 2.0L IMPUL Premium Highway Star, berharga RM155,863.43 (harga di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Pasukan pereka IMPUL telah mereka semula penampilan MPV itu dengan bampar hadapan serba baharu, spoiler bampar belakang, skirt sisi dan spoiler bumbung, sekali gus memberikan ia profil yang bergaya serta perincian yang karismatik.

Konsep reka bentuknya disempurnakan dengan ‘chrome sport ducts’ dan kemasan bonet krom yang meningkatkan lagi tahap daya tarikan estetiknya. Kawalan yang selamat dijanjikan dengan penambahan rim aloi IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18 inci dalam warna kelabu metalik dan kemasan berkilat yang dibalut bersama tayar Michelin Pilot Sport 3.

Eksklusif untuk varian Premium Highway Star adalah tempat duduk kombinasi kulit yang dijahit dengan bentuk permata bersama logo IMPUL pada tempat duduk hadapannya.

IMPUL Serena_Rear

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Nissan Serena S-Hybrid memang amat popular dalam kalangan keluarga di Malaysia. Untuk disesuaikan dengan trend sekarang di mana MPV ditala dengan lebih gaya dan sofistikasi, ETCM telah memperkenal Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL kepada rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa penampilan segar ini akan memberi nilai tambah kepada kenderaan tersebut. IMPUL kini tidak lagi terhad kepada model sedan, SUV dan crossover, malah MPV juga.”

Pelanggan dan pemilik Nissan Serena S-Hybrid CKD sedia ada yang berminat untuk mengubah suai kenderaan mereka dengan pakej IMPUL boleh berbuat demikian, hubungi divisyen IMPUL di talian +603 4047 8786 atau e-mel ke impul@tanchonggroup.com.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.impul.com.my

Previous post

Adakah Terdapat 63 juta Bom Berdetik Buatan Takata?

Next post

Apabila Kereta Anda Kena Recall Untuk Beg Udara Takata ...... Apakah Yang Dilakukan?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *