Ketahui Model Renault Espace 2015
Edisi baru Espace Initiale Paris dilengkapi dengan peralatan moden yang mewah dan kemasan yang sempurna menjanjikan kecanggihan perjalanan yang selesa. Menurut kenyataan akhbar rasminya, ciri-ciri reka bentuk luaran termasuk kemasan cat baru yang ekslusif iaitu warna hitam Amethyste metalik, tayar 19 inci eksklusif dan huruf ‘Initiale Paris’ di bawah logo Renault.
Ruang dalamannya menawarkan dua peringkat trim: warna kelabu graded Lune/ perang gelap. Selain itu, ia menawarkan unpholstri yang diperbuat dari kulit jenis Nappa dan boleh didapati dalam warna perang gelap atau dengan kecerunan dari warna kelabu Lune kepada perang, tempat duduk depan 10 cara pelarasan yang dilengkapi dengan pemanas dan mengurut, tempat rehat kepala untuk tempat duduk depan dan baris kedua, pemanas untuk tempat duduk kedua (pilihan) dan stereng yang disaluti dengan kulit Nappa.
Selain itu, kulit jenis Nappa boleh didapati pada sisipan pintu dan tempat rehat tangan, manakala dashboard-nya mempunyai cantuman yang boleh dilihat. Tinted tambahan dan laminate untuk tingkap tepi ditawarkan untuk keselesaan akustik yang lebih baik serta dipasang tirai matahari.
Reka bentuk dalaman disudahkan dengan lencana ‘Initiale Paris’ yang dipasangkan di sisipan stereng, bahagian atas kerusi depan, ambang pintu Keistimewaan lain termasuk sistem bunyi Bose premium dengan bunyi Surround Bose dan sistem Pack Visio seperti kamera dua arah, amaran lorong berlepas, lampu automatik, mengenali tanda jalan dan amaran melebihi hadlaju.
Model ini juga menyediakan pek keselamatan yang moden termasuk amaran jarak keselamatan dan bantuan brek kecemasan. Di bawah hud, Espace Initiale Paris akan mendapat tenaga enjin petrol TCe 200 EDC atau enjin diesel dCi 160 EDC.
No Comment