Shane Van Gisbergen Di Petak Pertama Perlumbaan V8 Supercar Mount Panorama
Shane van Gisbergen dan Jonathon Webb akan bermula dari ARMOR ALL Pole Position esok di Bathurst 1000. Van Gisbergen, pelumba kedua terakhir keluar dari gate dan berjuang sehabisan di litar, memandu mengiring terlalu dekat pada dinding hingga hampir hilang cermin sisi dalam perjalanan ke pusingan 2 minit 06.3267 di sekitar Mount Panorama. Pelumba yang berbangsa Kiwi ini terkenal dengan kebolehan pengawalan kereta dan itu sudah cukup untuk mengatasi Mark Winterbottom yang mewakili Pepsi Max’s, yang akan bersama memulakan perlumbaan di barisan depan.
Craig Lowndes merupakan pemandu pertama masuk ke trek litar, di mana tim Red Bull terpaksa mengejar masa untuk pastikan kereta itu masuk trek semula selepas kereta beliau memirau masuk kelandasan sisi. Sementara dia mempertahankan kedudukan pertama pada masa itu, James Moffat dan Jack Perkins mengejar rapat dari belakang. Jason Bright dan Scott McLaughlin bekerja keras untuk bersaing rapat, Dale Wood ketinggalan di belakang, akan tetapi pemanduan Winterbottom bertambah baik sehinggalah Van Gisbergen membuat pecutan hebatnya. Semalam, Fabian Coulthard yang memandu kereta V8 Super di Mount Panorama merupakan pelumba terpantas dan memegang masa terpantas keseluruhan perlumbaan telah gagal memperbaiki masa dan ketinggalan ke posisi ke lima setelah tamat pusingan. Hanya 9 kereta mengambil bahagian dalam ARMOR ALL Top 10 Shootout, selepas Garth Tander/Warren Luff menarik diri dari perlumbaan ekoran dari kemalangan yang berlaku sebelum ini.
Senarai rasmi yang dikeluarkan adalah seperti berikut – Van Gisbergen, Winterbottom, McLaughlin, Bright, Coulthard, Lowndes, Moffat, Wood dan Perkins. Pada pukul 7:50 pagi esok akan diadakan sesi warm-up di Mount Panorama dengan perlumbaan 1000km bermula pada pukul 10:30 pagi waktu tempatan.
No Comment