Rolls-Royce Dawn Tiba di Malaysia – Harga Dari RM4 Juta
Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur hari ini memperkenalkan model Drophead empat tempat duduk super mewah yang baru iaitu Rolls-Royce Dawn.
Kehadiran model menetapkan satu penanda aras kepada segmen convertible mewah, ketika Rolls-Royce melihat pertumbuhan pesat sektor barangan mewah di Malaysia.
Walaupun mempunyai reka bentuk seperti Wraith, Dawn menampilkan 80% panel badan yang unik. Malah, tayar baharu turut dibina khas untuk model ini. Ia direka dengan objektif untuk menghasilkan sebuah kereta yang nampak cantik samada ketika bumbungnya dinaik atau diturunkan.
Kecemerlangan jenama itu dari segi pertukangan moden diteruskan dengan kemas panel Canadel berbentuk ladam kuda yang dipasang pada bahagian belakang kabin. Manakala kemasan kayu pada dek boleh dipilih mengikut minat individu.
Para jurutera Rolls-Royce memberi perhatian khusus kepada bumbung fabrik Dawn untuk operasi yang senyap ketika dinaikkan. Ia mengambil kira-kira 20 saat untuk dinaikkan dan ini boleh dilakukan pada kelajuan mencecah 50 km/j. Menurut syarikat itu, mekanisma bumbung yang lancar dan senyap ini dipanggila ‘Silent Ballet’.
Dalam aspek pacuan kuasa, Rolls-Royce Dawn mendapatkan khidmat enjin 6.6 liter V12 dengan pengecas turbo berkembar yang menghasilkan sebanyak 570 PS dan 780 Nm. Kuasa disalurkan melalui transmisi ZF lapan kelajuan.
Rolls-Royce Dawn baharu ditawarkan dengan harga bermula dari RM4 juta. Peminat boleh melihat model ini dengan lebih dekat lagi di Bangsar Shopping Centre mulai 22 hingga 24 Julai, 11 pagi hingga 8 malam.
No Comment