Apa Harus Anda Lakukan Bila Trak Pikap Anda Hilangan Kestabilan
Trak Pikap 4WD (kenderaan pacuan empat roda) tidak bermakna ia meningkatkan pengendalian anda di jalan raya / lebuh raya licin diliputi air kerana hujan lebat mau pun renyai.
Jika anda memandu melebihi kelajuan keadaan membenarkan, anda berkemungkinan besar akan flip dan roll kerana center of gravity anda lebih tinggi. Juga, 4WD tidak membantu anda brek lebih baik atau memberi anda lebih kestabilan bila selekoh sambil brek.
Jadi perlahankan kenderaan anda apabila anda konar dan brek lebih awal. Dengan trak pikap moden semakin berkuasa, ramai pemilik trak pikap 4WD (seperti yang digambarkan di sini) berfikir bahawa tayar lebar mereka dengan roda aloi mewah akan menyumbang kepada keyakinan membawa laju di jalan raya. Cuba teka kenderaan yang mana lebih berakhir di dalam gaung atau langgar guardrail lebih kerap?
No Comment